Tuesday, March 10, 2009

Allah the Sustainer Provider for all our Needs, to Allah we make Doa and Prayers


Continuing from my previous posting.

Hikmat Ayat Seribu Dinar


Bermaksud :


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.


Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.


Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.


Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.


Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.



here is some that I found;

Bacalah: Ya Rahman Ya Rahim (100 kali) sebagai wirid selesai solat untuk doa pengasih


mukin saya ajar anda satu amalan penyeri wajah baik pada lelaki atau perempuan petuanya mcm ni pada hari selasa tepat jam 12mlm ambil segelas air mineral atau air masak bekaskan di dalam cawan jgn tutup air itu dan selawat 10 kali letakkan di luar rumah cari tempat yang sesuai untuk senang kena embun dan ambil air itu setelah kamu lepas solat subuh bismilah 7 kali dan minum air itu tinggal kan suku gelas dan sapu di muka buat tiap2 hari selasa anda akan rasa keajiabannya dalam masa 7 hari amal kan nya selalu.

Surah Al Fatihah.
-----------------
Ramai yg telah amalkan,tetapi tidak menjadi,kerana tidak tahu cara mengamalkan.

Cubalah baca ayat alfatihah sebanyak 7x,setiap selesai solat.Setiap kali baca,sampai " ia kanak budu wa i' ya kanas ta in"
( hanya kepadamu tempat aku meminta dan memohon pertolongan )
berhenti sekejap,dan niat hajat dlm hati,sesudah itu teruskan bacaan.

Untuk di buat penawar,bacakan pada sebekas air 7x selepas solat,buat minum dan sapukan dimuka. Setiap kali air handak habis,tambahkan air.
Kalau boleh,jangan habiskan,tinggallah walaupun sedikit air didalam bekas tersebut.

Insyallah jika amalkan,segala jenis penyakit dapat disembuhkan dengan izin Allah s.w.t....

Mahabbah.
i. Surah Al-An'am ayat83-88.- amalkan
ii. Surah Yasin ayat 72, baca 72 kali pada minuman dan diberikan kepada si dia.
iii. Surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thaha 39 - amalkan.
iv. Gabungan beberapa ayat.
Surah Yusuf ayat 54
Surah Al An`am ayat 79
Surah Al Ahzab ayat 69
Surah Taha ayat 39
Surah Al-Baqarah ayat 165
Surah Ali Imran ayat 31
Surah Al Anfal ayat 63
Surah An Nur ayat 35.
Samada dibaca selepas sembahyang atau ditulis.
* Tidak semestinya dibaca sekali terus menjadi tetapi perlu
diamalkan sehingga Allah S.W.T memakbulkannya.
* Petikan daripada Buku Al-Quran Sebagai Penawar.
* Ada banyak lagi kombinasi ayat pengasih walaubagaimanapun
ianya menggunakan bahan2 seperti kertas, air, tinta misik
zafaran, bunga dsb.

5 comments:

Poliklinik Salehudin said...

assalamualaikum
nak tambah sikit.
ayat seribu dinar harus dibaca:
1.dimulai dengan surah fatehah 10x selepas sembahyang.
3.baca ayat seribu dinar 3x.
4.baca ya musabbibal asbabi sabbib 3x.

sebagai yg di maksud, rezeki datang dari sumber yang tidak disangka.

Anonymous said...

Thanks for sharing the link, but unfortunately it seems to be down... Does anybody have a mirror or another source? Please answer to my post if you do!

I would appreciate if a staff member here at nooryahaya.blogspot.com could post it.

Thanks,
Mark

Anonymous said...

Hi,

I have a question for the webmaster/admin here at nooryahaya.blogspot.com.

Can I use part of the information from your blog post above if I provide a backlink back to your website?

Thanks,
Peter

nooryahaya said...

ok.

Anonymous said...

Askm sdri noor..saya seorang mualaf .. Bgmana sekiranya sy mengamslkn ayat ini tp dgn sebutan/ lenggok yg kurang tepat @ sebutan yg kurang lancar..apakah amalan sy ini akan bkesan..