Thursday, December 31, 2009

Kita Bertemu di Fesbuk


Kita Bertemu di Fesbuk.

SATU

Malam malam di musim dingin itu sungguh panjang dan dingin sekali. Ahmad bertugas malam di sebuah hotel empat bintang di kota yang sunyi. Setiap malam hanya mereka berdua saja, Ahmad dan Misel, seorang perempuan muda keturunan Sekot. Ahmad sebagai kuli angkut beg, sekali gus sebagai pegawai keselamatan, manakala Misel menyambut tetamu dan buat akaun harian. Mereka akrab sekali, maklumlah tiada siapa yang Misel boleh harapkan untuk kalau kalau ada orang jahat malam itu, atau malam malam yang lain. Jika ada pesanan makanan lewat malam, dari pengunjung hotel yang masuk lewat, Misel akan meminta Ahmad ke dapur memasak dan menghantar makanan. Kalau ada orang mabuk, Ahmad lah yang Misel harapkan untuk menanganinya. Bila semua pengunjung hotel telah nyenyak kekadang Ahmad akan menemani Misel mengira akaun harian di pejabat, sambil Ahmad melayari alam siber.
Dari situlah Ahmad mula mengenali dunia Fesbuk. Satu alamat di alam siber yang merapatkan jaringan perkenalan kepunyaan Mark Zuckerberg. Zukerberg masa itu adalah seorang pelajar Harvard, masih belasan tahun, dan membina Fesbuk untuk mengetahui perihal kawan-kawannya di kampus. Mahu masuk Fesbuk? Kena ada jemputan.
“Aku tiada kenalan di Fesbuk.” kata Ahmad pendek.
“Biarlah aku jemput kau, kau jadi kawan ku,” kata Misel.

Maka bermula lah Ahmad ber fesbuk, dengan hanya berkawan dengan Misel. Mereka berbalas balas surat, walau waktu itu mereka duduk sebelah menyebelah di pejabat.

Kadang, Misel tidak bekerja malam, tapi selalunya dia keluar berfoya foya, minum minum sampai lewat malam. Waktu begitu dia akan singgah kehotel, dan akan meminta Ahmad menghantarnya pulang.

Masa berlalu.

Misel ingin melancong ke Oz sambil bekerja di sana. Berbulan bulan dia di Syurga Ombak bekerja sambil mengumpul duit untuk pergi Eropah dan Amerika. Halamannya di Fesbuk sentiasa di isi gambar gambar terbaru, sambil bercerita tentang pengalaman terbaru. Dunia terbuka luas, katak tidak lagi berada dibawah tempurung.

No comments: