There you go, its not that hard to aplogize..
Yesterday, I wrote that Namewee should apologize, and today in Malaysiakini I read this report that He has apologize.
I hope this laid to rest the ghost of Merdeka and Negaraku.
Sometimes we dont understand why we apologize, for we dont think we have done nothing wrong. But, some people might have feel slighted by our actions and words. So its best that we humbly apologize, for humility is good for our soul.
NegaraKuKu: Harian Metro terabai
Wee Meng Chee
Aug 14, 07 4:55pm Adjust font size:
Pada 7 Ogos, saya mendapat tahu dari beberapa pihak tentang surat khabar Melayu Harian Metro dan berita dari televisyen melaporkan hasil ciptaan lagu saya baru-baru ini yang telah melanggar undang undang di Malaysia.
Tetapi selepas saya membaca berita-berita yang berkenaan, saya mendapati bahawa berita yang dilaporkan oleh suratkhabar Metro mempunyai kesilapan yang berat. Pihak pemberita Metro menggunakan cara yang agak subjektif untuk melaporkan berita ini dan menyebabkan masyarakat salah faham tentang hasil karyaan yang telah saya ciptakan.
Pertama, pihak Metro mengatakan hasil ciptaan lagu saya telah menghina negara, bangsa, agama dan kerajaan tanpa memahami maksud tersirat lirik tersebut.
Kedua, pihak Metro tidak menterjemahkan lirik Bahasa Cina ke Bahasa Malaysia agar pihak orangramai boleh memahami lirik tersebut dan menilai maksud yang disampaikan ataupun adakah lirik saya ini telah menghina negara, bangsa, agama ataupun kerajaan.
Disebabkan ini ialah lagu Bahasa Cina, masyarakat Melayu tidak dapat memahami maksud yang hendak disampaikan dan mereka hanya boleh mengetahui maksud lirik ini melalui pihak media. Saya berasa pihak media, disebabkan faktor hasil jualan, telah melaporkan perkara yang tidak benar dengan tidak profesional.
Di sini, saya ingin menerangkan beberapa keraguan dalam isu ini.
1. Sebab apa saya mencipta lagu ini pada awalnya
Saya minat bermain muzik. Kali ini, saya menggunakan lagu NegaraKu sempena hari Kemerdekaan yang akan datang. Saya tidak berniat untuk menghina negara tercinta – Malaysia. Terdapat banyak cara untuk mencipta sebuah lagu dan salah satu cara ialah 'sampling' yang akan menjadikan sebuah lagu mempunya ‘effect’ lain. Dalam kes ini, saya telah memilih lagu NegaraKu.
Apa yang saya hendak fokus atas disini adalah lagu NegaraKu adalah sebuah lagu yang perlu dihormati. Dengan itu, apabila saya mencipta lagu ini saya tidak mengubah melodi dan lirik lagu NegaraKu tetapi saya mengunakan melodi dan lirik asalnya. Namun begitu, saya megubahkan cara untuk mempersembahkan lagu ini kepada cara R&B.
Sebelum ini, terdapat ramai orang mengubah cara nyanyian lagu NegaraKu di pelbagai persembahan terbuka termasuk sambutan sempena Hari Kemerdekaan. Berdasarkan dari segi muzik, sekiranya lagu ciptaan tetap mengamalkan maksud asalnya, saya berasa tidak ada apa-apa yang tidak kena. Tetapi kalau hasil ciptaan saya betul-betul melanggar undang-undang, saya berasa amat kesal.
2. Menegaskan kebenaran
Lagu ini cuma menglibatkan lirik NegaraKu di bahagian korus manakala di bahagian ‘vers’e saya telah menggunakan kemahiran rap. Lirik dalam bahagian rap yang saya mempersembahkan kebanyakan adalah berdasarkan dari apa yang pernah saya atau kawan saya alami. Apa yang saya hendak fokus disini ialah saya menggunakan cara huraian untuk menyampaikan maksud lagu tersebut dan bukannya mengkritik.
Tujuannya ialah untuk membiarkan pendengar menilaikan betul-salahnya. Contohnya, dalam lirik lagu itu, saya ada mengatakan orang Cina sukar mendapat tawaran dari universiti tempatan tetapi saya tidak mengesahkan bahawa itu adalah satu perkara yang baik atau tidak. Saya cuma menghuraikan perkara tersebut dan membiarkan pendengar menentu sekiranya perkara tersebut adakah betul atau salah.
3. Tidak menghina agama
Sekali lagi saya menerangkan bahawa saya tidak mengkritik apa-apa termasuk agama. Salah satu dari bahagian lirik saya ada mengatakan yang sebahagian orang Islam melafazkan al-Quran ‘out of tune’, ada pula yang pecah nada, dan ada yang macam kokokan ayam. Lirik-lirik yang saya huraikan diatas, saya ada menyatakan sebahagian dari mereka yang melafazkan al-Quran dan bukannya semua orang.
Saya sebagai seorang ahli muzik boleh membezakan penyanyi yang ‘out of tune’ ataupun pecah nada. Sekali lagi saya menerangkan yang saya tidak mengkritik sebarang tentang agama tetapi saya cuma menyuarakan kemahiran mereka di bahagian nyanyian seperti apabila kami dengar kawan-kawan kita nyanyi tidak bagus dan menyuarakan pendapat sahaja. Saya harap masyarakat tidak terlalu sensitif terhadap isu ini dan sememangnya saya sendiri amat menghormat setiap agama kerana agama tidak boleh dilanggar.
4. Gangguan yang dialami kerana kesalahan yang dibuat dari pihak media
Disebabkan kesalahan pihak media melaporkan berita ini, ia menyebabkan orang ramai tidak boleh menilaikan betul-salah isi kandungan lirik lagu ini dan ia juga mengancam keselamatan keluarga saya. Saya menerima koment-koment dari sesetengah pihak bloggers yang mengatakan mereka hendak membakar rumah dan membunuh saya.
Di sini, saya berharap orang baik di luar sana akan menterjemahkan lirik Bahasa Cina ini kepada Bahasa Malaysia supaya orang ramai boleh memahami isi tersirat yang ingin saya sampaikan dan biarlah orang ramai tahu yang saya sebenarnya tidak berniat jahat dalam ciptaan lagu ini. Sebenarnya saya sendiri mempunyai ramai kawan Melayu sejak kecil dulu dan saya tidak ingin kehilangan sahabat-sahabat karib saya disebabkan kesilapan laporan berita ini.
5. Sekiranya lagu ini tidak mengapi-apikan masyarakat
Selain dari bersikap tidak adil terhadap saya, pihak media yang berkenaan juga mengatakan lagu ciptaan saya mengapi-apikan masyarakat. Bagi saya, kalau sebuah lagu tidak mengapi-apikan masyarakat, apatah lagi peperangan atau salah faham yang akan berlaku?
Saya percaya bahawa rakyat Malaysia mempunyai kemampuan untuk bernilai sesuatu perkara sama ada betul atau salah. Sekiranya orang ramai faham dengan lirik dalam lagu ini, mereka akan tahu lagu ini semata-mata hanyalah untuk hiburan. Disebaliknya, pihak media yang melaporkan perkara ini dengan tidak profesional dan subjektif. Ini adalah satu perkara yang serious dan saya berharap pihak media boleh memperbetulkan berita yang tidak betul itu dan menjamin saya dan keluarga saya selamat.
6. Lirik lagu patut diterjemahkan
Saya sungguh-sungguh berharapkan sesiapa yang boleh menterjemahkan lirik lagu ini dari Bahasa Cina ke Bahasa Melayu agar orang Melayu mengetahui apa maksud lirik dalam lagu ini. Dengan ini, mereka juga boleh menilai samaada saya menghina negara, rakyat, agama ataupun kerajaan. Dengan ini juga ia boleh memberi saya, masyarakat Melayu, masyarakat Cina mahupun rakyat Malaysia satu pesanan yang adil.
--------------------------------------------------------------------------------
Nota editor: Wee Meng Chee hari ini mengeluarkan suatu kenyataan untuk meminta maaf terhadap semua pihak yang tersinggung dan terhina oleh kerana klip video yang dibuatnya.
2 comments:
hi! quick quetsion! you reckon it shouldn't be hard for umno leaders threatening to 'bathe their keris in chinese blood' to apologise as well? :) cheers!
Two different things there:
Namewee didnt do anything wrong, in his point of view, only that some poeple feel slighted. If Muslims feel slighted, Muslims must realise the facts that most non Muslims would always mock and 'memperlekehkan' their rituals. Only a small number non Muslim do so openly. Muslim must learn to be thick skinned and stop complaining and ignore whatever people says. Be patient and humble.
I support his apology because there are forces greater than his ego could understand. Of politics, power and of media glare that make life difficult for him and his family. After all his family is not great like the Kuoks or Hishamuddins..
When we are small, we must swallow our pride.
Hishamuddins threat to 'bathe keris in Chinese blood', is a threat, issued by a BIG man. Big man dont swallow pride, not normally. If he does, then there is the mark of a GREAT man. Big man can say things and do thing and get away with it.
So dont expect apology from Hishammuddin.
Post a Comment