Dibawah Lindungan Pohon Epal
Di bawah lindungan pohon epal Dingin sekali dinihari itu. Southern Cross masih terang di sepertiga langit sebelah barat. Tiga bintang sejajar lurus menunjuk kearah barat-timur, dan satu bintang terang sebaris bintang yang tengah lantas menunjuk kearah selatan. Ahmad sudah sedar sejak setengah jam tadi, pukul empat pagi. Lalu dia bangun perlahan, keluar dari caravan menuju kebilik air dan berwuduk. Kemudian dia pergi kebawah pokok epal, lalu melembarkan plastic tarpaulin yang dia gunakan untuk alas bersembahyang di atas simen kasar. Sejak dua minggu lepas dia senang untuk bangun malam mengerjakan tahajud. Malam yang sejuk, tidur di luar rumah membuatkannya terasa mahu buang air di duapertiga malam. Maka bila sudah terbangun dia gunakan sebaiknya untuk bertahajud. Selesai tahajud dia bangun lagi untuk sembahyang hajat, membaca Surah AlKafirun dan Surah Ikhlas sepuluh kali pada rakaat pertama dan kedua. Lalu dia berdoa, “Ya Allah, ampunilah dosa dosa ku, tunjukkanlah daku jalan yang benar dan yang Kau redhai, berikanlah anak anak dan isteriku hidayah dan keampunan, ampunilah kedua ibubapaku, aku ingin menjaga ibuku ya Allah, aku ingin berbakti pada ibuku. Ya Allah berilah aku kehidupan yang baik, pengakhiran yang baik dan kesihatan yang baik. Ya Allah berikah daku rezeki yang besar untuk memudahkan jalan hidupku. Ya Allah, berilah daku rumah yang baik. Rabbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, wakina azabannar. Allah hummaghfirli waliwali dayya walilmukminin wal muslimat al ahya wal amwat birhmatika Ya arhamar Rahimin. Innama amruhu idza arodasyaian ayyakulu lahu kun fayakun. Allahummasalli ala Muhammad waala ali sayyidina Muhammad.” Lalu dia pun bangkit berjalan balik ke caravan untuk tidur lagi sementara menunggu subuh. Sejak dua bulan ini hidupnya amat berubah. Dia rasa kesusahan menimpanya satu persatu. Dan kesusahan itulah yang makin mendekatkan dirinya pada Tuhan. Lalu dia bersungguh-sungguh mendekatkan dirinya pada Yang Esa. Sejak enam bulan lalu dia mula baca Surah AlKahfi setiap Jumaat, biarpun kadang tak habis atau terlepas, tapi dia tetap mencuba, dan sejak tiga bulan ini dia boleh habis surah itu setiap jumaat. Ahmad pernah terbaca satu hadith yang mengatakan sesiapa yang membaca Surah Alkahfi pada hari jumaat, maka diampunkan dan dilindungi hingga ke jumaat selepasnya. Dalam Surah AlKahfi itu, pada ayat 10, pemuda pemuda AlKahfi itu berdoa pada Tuhan, bahawa mereka tidak dapak menyelesaikan masalah yang mereka hadapi, "Tuhan kami, kami tidak dapat menghadapinya, kami serahkan kepadaMu Ya Allah" Perubahan mendadak dalam hidupnya bermula tiga bulan lalu. Masa itu Ahmad menyewa rumah di daerah Northcote. Satu hari, dia menerima surat dari tuan punya rumah yang di sewanya. Notis keluar rumah dalam masa enam minggu lagi. Ahmad mula berusaha mencari rumah sewa baru, disamping itu dia mula menjual stok alat alat ganti basikalnya dengan harga murah. Dia perlu mengumpulkan wang. Pindah rumah bererti banyak wang habis. Stok perniagaannya dihabiskan dengan lelongan murah di internet. Begitu juga perkakas komputernya dan buku bukunya. Asal habis, tak susah nak angkut bila pindah rumah. Malangnya selepas 3 bulan masih juga dia tidak dapat rumah untuk disewa. Dia terpaksa menyewa stor simpanan barang untuk menyimpan pakaian dan perkakas rumahnya. Kesusahan hidupnya membuatkan Ahmad makin mendekatkan diri pada Tuhan. DIa sudah jarang meninggalkan sembahyang tahajud, begitu juga sembahyang dhuha. Dan dia selalu membaca Surah AlWaki’ah pagi dan petang. Rakannya memberitahu, kalau selalu baca Surah AlWaki’ah, murah rezeki, namun Ahmad dapat mengurangkan kerisauan dihatinya dengan membaca Surah AlWaki’ah. Dia meneliti makna ayat ayat dalam Surah itu. Bila Kiamat berlaku, manusia akan terbahagi kepada tiga golongan; golongan kanan, kiri dan satu lagi golongan yang maju kedepan. Di pertengahan Surah itu Allah menceritakan tentang keindahan syurga, dan juga keindahan bidadari syurga yang bermata bulat. Hatinya senang, kesusahan yang dialaminya hanyalah ujian Tuhan terhadap hambaNya. Dan Tuhan tidak menguji hambaNya dengan ujian yang berat, yang tidak boleh dihadapi, dan dilalui. Bila sampai pada ayat yang menerangkan tentang azab neraka yang akan di lalui oleh golongan kiri, hatinya berkata semoga Tuhan menjauhkannya dari termasuk dalam golongan itu. “la aqiluna min sajarim min zaqqum” , mereka minum zaqqum, air panas yang menggelegak, dan air kotor dari nanah yang busuk. Hatinya berkata, tak apalah, biarlah tuan punya rumah yang disewanya memberinya notis keluar rumah, dan menyusahkannya dengan tidak memulangkan wang cagaran sewa rumah, serta tidak memulangkan nilai seminggu sewa yang dia terlebih dan tersilap bayar. Dia itu nanti akan terpaksa meminum zaqqum. Sedikit demi sedikit Tuhan bukakan rahsia disebalik kesusahannya. Ahmad berjiran dengan sekeluarga orang Rusia, suami isteri berumur lingkungan lewat enam puluhan dan anak bujang tuanya berumur lingkungan empat puluhan. Lelaki bujang tua itu seorang yang eccentric, tidak bekerja dan sengaja mencari salah orang dan melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan. Telah berkali kali lelaki bujang tua itu lapor kepada polis tentang anak anak Ahmad yang bermain di depan rumah dan tepi jalan, hingga polis tidak peduli lagi. Kemudian dia lapor kepada pihak berkuasa tempatan tentang rumput yang agak panjang di halaman depan rumah Ahmad. Begitu pun seorang pekerja tempatan hanya datang dan setakat melihat, rumput panjang bukanlah masalah besar. Tak lama kemudian Ahmad mendapat tahu rahsia kenapa dia si beri notis. Bahawa lelaki itu pergi kerumah tuan rumah yang disewanya lalu meminta Ahmad di beri notis keluar. Apa boleh buat, Ahmad hanya boleh berishtigfar. Dia masih tidak punya cukup wang untuk wang cagaran rumah sewa baru. Masa itu Ahmad berazam untuk berusaha lebih membaiki alat alat ganti basikal dan komputer. Namun setelah dua bulan, dia masih belum dapat menyimpan jumlah yang cukup. Pernah dia bercerita tentang masalah yang dihadapinya itu pada rakannya, Wak Melan. “Banyak-banyaklah kau sembahyang hajat, rezeki kau tu ada, InsyaAllah, cuma belum sampai masanya” nasihat Wak Melan. Setiap insan didunia ini Allah telah tentukan rezeki untuknya. Masa terus berlalu, Ahmad masih gagal untuk mendapatkan rumah sewa. Sementara itu harga sewa rumah terus melambung. Bandar Gempa itu menghadapi masalah perumahan yang meruncing. 5000 lebih rumah mula dirobohkan kerana berada di red zone, kawasan yang terjejas teruk akibat gempa bumi setahun lalu. Tanahnya mendap, melorot kearah sungai, berlaku tanah runtuh atau menghadapi masalah liquefaction setiap kali berlaku gempa bumi. Sementara itu, penghuni rumah rumah yang di baiki juga terpaksa mencari rumah sewa untuk tempat tinggal sementara. Pekerja pekerja binaan dari daerah lain pula mula sampai untuk kerja kerja meroboh dan pembinaan. Mereka juga perlukan tempat tinggal. Disitulah berpuncanya masalah perumahan yang meruncing. Harga sewa rumah naik dengan mendadak. Ahmad termasuk dalam golongan yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah, juga tidak mampu untuk membayar harga sewa yang tinggi. Dulunya masyarakat negeri itu mengamalkan sikap egalitarian. Tidak jauh jurang antara golongan yang kaya dengan yang miskin. Pemerintah negeri menetapkan kadar cukai yang tinggi pada yang berpendapatan tinggi. Hasil cukai di bahagikan kepada golongan yang di bawah paras kemiskinan, agar semua lapisan masyarakat mengecapi kehidupan yang normal, ada rumah untuk tempat berteduh, kemudahan pelajaran hingga ketahap tertinggi dan sara hidup untuk keperluan seharian. Hasil negeri, samada dari cukai pendapatan rakyatnya, cukai perniagaan dan dividen perniagaan kerajaan digunakan untuk melaksanakan khidmat kerajaan kepada rakyatnya dan menampung sara hidup rakyat yang perlu ditanggung oleh masyarakat, iaitu golongan kurang upaya dan tidak berpendapatan. Begitu juga golongan tua dan fakir miskin. Setiap rakyat punya hak untuk sesuap roti dan seteguk susu, rumah untuk berteduh dari hujan dan salji musim sejuk, juga pelajaran yang asas untuk kanak kanak. Untuk menampung semua itu, cukai pendapatan dan cukai servis ditetapkan pada kadar yang tinggi. Keuntungan dividen dari hasil perniagaan syarikat syarikat kerajaan yang berniaga secara monopoli dalam bidang telekomunikasi, perkapalan, pengangkutan dan elektrik banyak menyumbang kepada hasil negara. Namun sekitar tahun 80an dasar Thatcherism banyak mempengaruhi pemerintahan waktu itu. Harta harta awam, yang terkumpul hasil titik peluh dan cukai rakyat terdahulu di ‘bundle’kan dalam bentuk syarikat syarikat besar, lalu saham sahamnya dijual. Hasilnya digunakan untuk mengurangkan cukai pendapatan yang tinggi pada waktu itu. Dengan kebolehan menurunkan cukai, maka Parti Buruh yang memerintah waktu itu dapat memenangi pilihanraya berulangkali. Bila ekonomi merudum, hasil cukai pun menurun, akibatnya kerajaan tidak dapat menampung perbelanjaan harian. Bukan sahaja perbelanjaan kerajaan mesti dikekang, malah bantuan untuk golongan yang kurang upaya dan miskin terpaksa dihentikan. Dibawah lindungan pohon epal Daun daun kuning layu berguguran Dingin dan basah hujan turun lembut di musim luruh Langit cerah warna kuning dan ungu aurora australis Seterang bintang bintang Southern Cross Bagai mengingatkan manusia; bahawa kehidupan ini hanya menuju satu arah Selatan, kebawah, six feet under. Harta, kekayaan itu semuanya hanya pinjaman Kesenangan, keindahan hanyalah bayang bayang dan mirage Ilmu dan pengetahuan akan berguna selagi masih ada otak untuk memanfaatkan Maka manfaatkanlah nikmat yang telah dipinjamkan, diberikan Kerana semuanya akan di tarik balik, samada kita sedar atau pun tidak. Samada kita rela ataupun tidak. Redhalah, semoga Tuhan meredhaimu. Ahmad masih ingat kata kata Wak Melan satu hari ketika mereka berbual tentang harta. “Harta dan duit itu hanya pinjaman, kalau Tuhan nak tarik balik, Dia tarik balik melalui anak anak kita, kadang kita mengalami kemalangan yang perlukan banyak duit. Jadi kalau nak cara yang paling selamat untuk simpan duit, pinjamkan saja pada Tuhan. Pasti Tuhan akan pulangkan balik dengan berganda.” *sila baca nota dibawah. Sejak akhir akhir ini Ahmad didatangi kawan kawannya meminta bantuan. Alhamdulillah Tuhan menghantarkan mereka kepadaku, bisik hatinya. Hinggalah dia tidak punya apa apa. Semoga Tuhan menggantikan dengan yang lebih baik. Dan dia yakin tentang itu. Maha Suci Tuhan, yang Maha Kaya dan Maha Adil, jauh dari sifat sifat manusia, yang tidak berhutang mahu pun memberi hutang. Kata kata di atas adalah kiasan semata mata. Hendaklah kita fahamkan bahawa janji Tuhan itu benar, Tuhan telah berjanji jika kita bersedekah di jalan Nya, beramal ibadah harta benda, maka akan di ganti olehNya dengan berkali kali ganda.
For those who give in Charity, men and women, and loan to Allah a Beautiful Loan, it shall be increased manifold (to their credit), and they shall have (besides) a liberal reward.
No comments:
Post a Comment