Nostalgia Pokok Saga
Hari masih panas, sudah berhari hari tidak hujan, pertengahan September, musim kering. Ahmad selau berkumpul dengan kawan kawannya di bawah pokok saga sebesar dua pemeluk dewasa depan kantin lama sekolah. Setiap petang Sekolah Seri Permai mengadakan kelas tambahan untuk pelajar pelajar darjah lima yang akan menduduki Ujian Penilaian Oktober nanti. Di bawah pokok saga itulah Ahmad menunggu Husin, Hasan, Masdar, Khalid, Azlan dan Anuar sebelum sama sama ke kelas petang. Husin dan Hasan adik beradik kembar, anak anak keluarga petani, yang menolong ayah ibu mereka menuai selepas sekolah dan menanam padi berkuku kambing. Di zaman sebelum combine harvester. Mereka tidak pernah mengenal erti makan nasi berlauk daging lembu batang pinang, kecuali kalau ada kenduri di kampung, itupun entah setahun sekali dua. Nasi berlauk kari ayam hanya mungkin di hari raya, atau ada jiran buat kenduri arwah. Seperti nama mereka sempena cucu cucu Nabi, Husin, seorang yang confident dan berani, tidak takut untuk berkata apa yang tersirat dihati walau di usia yang masih muda. Hasan seorang yang agak pendiam dan tidak kedekut dengan senyuman. Dari wataknya, dapat dibayangkan dia seorang yang sabar, dan lebih suka mengalah dalam perbalahan. Masdar datang dari keluarga yang besar, adik beradiknya sembilan. Ayahnya seorang pesawah yang alim, dan berpegang teguh pada tiang dan tali agama. Dia sudah biasa hidup berdikari dan confident pada diri sendiri sejak kecil. Rumahnya di tengah sawah dipenuhi rimbunan pokok pokok mempelam dan kedondong. Ayahnya mengajar Quran setiap malam, dan bagai kuah tumpah ke nasi, kepandaiannya mengaji terserlah sejak dari kecil. Begitu juga Khalid, yang berjiran dengan Masdar, hanya sepelaung jaraknya. Ahmad dan Azlan tinggal berjiran di kampung. Ayah Ahmad seorang pengait kelapa, ada tanah kampung warisan, walau tak seluas mana, dipenuhi pokok pokok kelapa dan pisang untuk menyara hidup mereka sekeluarga. Tanah rizab jalan dekat rumah mereka ditanam ubi kayu, keledek dan jagung. Ayam itik ternakan ayah ibunya berpuluh ekor, cukup untuk keperluan telur buat lauk sarapan pagi dan tengahari. Ayam itik itu jugalah yang dijual untuk membeli baju dan kasut sekolah saban tahun. Walaupun mereka tidak hidup mewah, tidak pula mereka pernah berlapar. Ahmad dan Azlan berkawan sejak mereka mula tahu berlari. Azlan lebih pandai berdikari, sejak kecil sudah pandai bertanam sayuran, memancing dan menolong ibu ayahnya bersawah. Anuar tinggal dekat pekan. Diantara mereka, dialah yang paling smart, baju, seluar dan kasutnya bersih dan di seterika. Berbadan tegap sasa, menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran di kelas, selalu mendapat nombor teratas, cukup protein dan karbohidrat. Pagi semalam Cikgu Hashim, guru kelas mereka memanggil beberapa nama dan disuruh mereka berjumpa Cikgu Khadijah. Rubiah, Siti Nurhaliza, Anuar, Maznah, Jaidah, Khalid dan Ahmad. Rubiah, Siti Nurhaliza, Anuar, Khalid dan Maznah selalu menduduki tempat teratas dalam ujian pertengahan dan akhir tahun. Merekalah harapan sekolah untuk mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian nanti. Jaidah dan Ahmad juga ada talent untuk mencapai yang baik, apatah lagi ada sejarah dalam keluarga mereka yang melonjakkan nama sekolah itu. Sebenarnya Cikgu Hashim hanya memanggil nama Ahmad setelah beberapa minit kawan kawannya yang lain pergi berjumpa Cikgu Khadijah, mungkin setelah afterthought. Entah Ahmad boleh mencapai bintang entah tidak. Jadi Ahmad hanya dapat mendengar sebahagian akhir taklimat Cikgu Khadijah pagi semalam. Dalam peperiksaan minggu depan, Cikgu Khadijah akan menukar kertas soalan mereka dengan kertas soalan yang telah bertanda dengan jawapan yang betul. Guru Besar mahu sekolah kita mendapat keputusan yang cemerlang tahun ini. Semoga kamu semua dapat masuk ke sekolah asrama penuh, katanya. Cikgu Khadijah mengarahkan mereka merahsiakan hal ini. Mereka semua diam, Ahmad nampak Rubiah mengesat kelopak matanya. Sementara itu di dalam darjah 5A, pelajar pelajar lain mula tertanya tanya mengapa beberapa kawan kawan mereka di arahkan berjumpa Cikgu Khadijah. Salah seorang mereka bertanya kepada Cikgu Hashim. Lalu Cikgu Hashim pun beritahu mereka hal sebenar, merekalah harapan sekolah, maka dalam peperiksaan nanti, jawapan kepada soalan soalan peperiksaan akan di tunjukkan. Kenalah pilih mereka yang kita tahu pandai, supaya nanti tidak menimbulkan keraguan Kementerian Pelajaran. Petang itu Husin, Hasan dan Masdar telah sedia menunggu di bawah pokok saga waktu Ahmad sampai. Ahmad membawa beberapa kerat batang tebu. Semalam Masdar dan Husin berpesan pada Ahmad, "kalau ada tebu bawalah esok, kita orang teringin nak makan tebu". Setelah Ahmad duduk, Masdar bertanya pada Ahmad tentang kebenaran bahawa Ahmad dan beberapa rakan yang lain akan di tunjukkan jawapan peperiksaan. Ahmad terdiam, dia tak terkata apa apa. "Mana dia orang tahu perkara ini, Semalam Cikgu Khadijah minta rahsiakan perkara ini." Itu sajalah yang dapat Ahmad fikirkan. Husin mencelah, "Kalau masa periksa nanti di tunjukkan jawapan, itu sesuatu yang tak betul?". Ya benar Ahmad termasuk dalam group yang akan di beri kertas soalan yang akan bertanda, dan dia mesti menyimpan rahsia itu. "Siapa yang beritahu?" soal Ahmad balik pada Masdar dan Husin, buat buat bodoh. "Cikgu Hashim lah. Guru Besar nak lebih ramai dapat 5A tahun ni, jadi korang akan di tunjukkan jawapan nanti supaya nama sekolah naik." kata Masdar. Ahmad tak dapat berkata apa apa. Dia memandang muka muka marah kawan kawan nya. Dia menawarkan tebu yang di bawanya. Masdar dan Husin menolak. Hasan menggelengkan kepala. Dalam kemelut itu Ahmad masih dapat melihat muka Hasan yang kesian pada kemelut yang Ahmad lalui. Khalid dan Anuar sedang berjalan kearah pokok saga, masih jauh untuk mendengar atau mengagak sesuatu sedang berlaku dibawah pokok saga petang itu. " Kau beri lah tebu tu pada kawan kawan kau itu." kata Husin sambil memuncung kearah Khalid dan Anuar. Sejak hari itu Ahmad sudah tidak berapa rapat dengan Masdar, Husin dan Hasan. Peristiwa di bawah pokok saga....peri matlamat menghalalkan cara. Demi memajukan bangsa. Mungkin kita mahu mencapai matlamat 100% bangsa kita dalam bidang komersil, profesional dan perkhidmatan awam, melahirkan bangsa Melayu Islam yang maju dan berjaya, mampu bersaing dan berdiri sama tinggi seperti bangsa bangsa lain di dunia. Tidakkah kita menipu diri dan bangsa sendiri, dengan cara kita tweaking the system dan ukuran pencapaian. 36 tahun berlalu... Suatu petang di musim raya. Pelan perjumpaan telah di buat beberapa minggu sebelumnya. Siti Nurhaliza, Masdar, Khalid, dan Azlan mengadakan pertemuan dirumah Jaidah. Rumah cantik ditengah sawah, tak jauh dari sekolah tempat mereka mula mula berkenalan sebagai anak anak sekolah tahun tujuh puluhan. Setelah tiga puluh enam tahun tidak bertemu, mereka masih mengenali satu sama lain. Siti Nurhaliza, Jaidah, Siti Hawa, Masdar, Khalid, Azlan, Asmadi dan Ahmad bergelak ketawa sampai maghrib mengingatkan zaman kanak kanak dahulu.