Sunday, October 23, 2016

Cerita dari Hujung Dunia 1

(mungkin tajuk ni tak sesuai, nanti lah akan saya tukar pada yang lebih sedap di baca) Hari Jumaat. Ahmad biasa datang awal ke masjid untuk solat Jumaat. Jumaat hari yang sibuk baginya. Bangun seawal 3 pagi, solat tahajud dan witir, juga solat hajat. selalunya dia akan berbasikal ke masjid untuk solat subuh. Tetapi pagi itu tidak. Hujan sepanjang malam, kadangkala lebat pula. Dia kalah dengan hujan, tak sanggup berbasah lencun. Selalunya solat subuh imam akan membaca Surah Sajdah dan Surah Al-Insan. Selepas solat subuh, dia jerang lagi air untuk buat teh halia. Kemudian diambilnya naskhah Quran yang besar dari almari. Hari Jumaat kena baca Surah AlKahfi, juga Surah Yasin dan doa untuk arwah. Begitulah rutinnya setiap Jumaat, mungkin pada waktu yang berbeza, tapi target kena buat. Jumaat itu dia duduk di tempat biasa, baris depan sebelah kiri. baca Quran sementara menunggu masuk waktu. Tiba tiba kawan lamanya Din duduk disebelahnya, setelah bersalaman dan bertanya khabar, Din tanya, "kau ingat tak Rashid,orang Malaysia kawan kita dulu?" "Rashid yang mana satu ye?" Berkeriut otak Ahmad memikirkan Rashid yang mana satu. Satu Rashid orang Kota Singa. Lalu Din menunjukkan gambar Rashid dalam phone nya. "Oh aku kenal yang tu, kawan satu kelas zaman dulu." kata Ahmad. "Dia dah seminggu di hospital, brain aneurysm kata nya, pembuluh darah kat otak pecah." kata Din. Stroke. Fikir Ahmad. Dalam istilah Islam sakit angin ahmar. Baru dua hari lepas kenalannya Mitch bercerita padanya tentang pengalamannya diserang stroke dan terlantar di hospital selama 6 minggu. Dalam seminggu ini sudah dua kali Tuhan mengingatkan Ahmad tentang stroke.

"Penyakit angin ahmar (stroke) ialah penyakit mati sebahagian badan yang biasanya datang secara tiba-tiba dan sukar pula diubati. Walau bagaimana pun dengan rahmat Allah SWT kepada hamba-hambanya maka melalui Nabi Muhammad SAW, umat Islam dikurniakan doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut. Penyakit angin ahmar ini mempunyai sejarahnya tersendiri yang telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman AS. Semasa baginda mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, semuanya tunduk kepada Nabi Sulaiman AS. Tiba-tiba terlintas di dalam hatinya berkata siapakan makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya. Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia yang besar, gagah, hebat serta garang. Badannya sebesar pokok dan dikelilingi api lalu merenung tajam ke arah Nabi Sulaiman AS. Nabi Sulaiman AS terkejut dan mengeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa aku adalah Ar-Rihul Ahmar(Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia di beri kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap ke dalam urat saraf, darah dan otak seseorang dan mampu merosakkan segala urat saraf sehingga menjadi hilang akal. Nabi Sulaiman AS segera mengarahkan segala jin-jin dan panglima-panglimanya agar menangkap dan membunuh Ar-Rihul Ahmar itu. Apabila jin-jin dan panglima-panglimanya berjaya menangkap Ar-Rihul Ahmar dan cuba menghapuskannya dengan sambil gelak ketawa Ar-Rihul Ahmar itu menjawab bahawa tiada suatu makhluk dan kaedah pun yang boleh membunuh dan menghapuskannya serta ia akan kekal hidup, lalu dengan segera ia menghilangkan diri. Ar-Rihul Ahmar muncul semula pada zaman Nabi Muhammad SAW, cucu baginda iaitu Saidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu, turun Malaikat Jibril memberitahu bahawa Hassan terkena penyakit Angin Ahmar. Lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab 'ada' lalu ghaib. Sebentar kemudian kembali memberitahu Rasulullah bahawa Allah SWT telah mengurniakan doa mustajab bagi sesiapa yang membacakannya walaupun sekali seumur hidup akan dilindungi dari penyakit angin ahmar. Baginda pun membaca doa ini, lalu Saidina Hassan pun sembuh Baginda menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan doa ini kepada seluruh umat Islam.
Inilah doa yang Baginda Nabi Muhammad SAW tinggalkan untuk kita
Dah lewatlah nak kena tidur ni...nanti aku sambung balik esok.

Saturday, October 08, 2016

It has been Years....

It has been years since I wrote anything on these pages. Almost 3 years, my last post was in December 2013. A lot has happened in my life since then. One of them was that my last laptop crap out back then, and i couldnt afford to buy another one. (good excuse ha?) Well today is my birthday, and yesterday evening my wife and kids presented me with this new HP laptop. Let me keep you an update of whats happened, a wee bit. After the earthquake, our landlord told us to move out of the house that we were renting. Housing was in severe shortage back then, thousands of houses were damaged and unliveable. And we became homeless. Eventually a friend let us stay in their compound/backyard. We rented a caravan and parked it there. Aafter 3 months or so we found a house to rent again, move in there but later we found out that the landlord is a bitch.... So we had to move out again. And losing more money in the process. Thats life, deal with it. Three years later, I am still paying off the debt that we incurred during those days, and we still not even paying off a quarter of it. Our car broke down some 2 years back. We havent been able afford one since. As they say, when you are at the bottom of the hole, the only thing left for you to do is to look up.