Saturday, June 02, 2012

Di Bawah Lindungan Pohon Epal II

Quran terjemahan Abdullah Yusuf Ali dalam bahasa Inggeris itu terbiar di atas meja di tepi katil. Sudah 4 bulan Ahmad tidak membacanya, biar pun selembar. Dia terlalu sibuk, sejak tuan rumah tempat dia menyewa memberinya notis keluar. Dia lebih menumpukan masanya untuk sembahyang tahajud dan hajat setiap malam, dan membaca Surah Al-Waqiah dan Surah Al-Rahman setiap hari. Hatinya selalu risau dan gundah, tetapi setelah habis membaca Surah Al-Waqiah, hatinya kembali tenang, dan dia dapat melalui harinya seperti biasa. Ahmad membaca Surah Al-Rahman untuk mengingatkan dirinya akan nikmat nikmat Tuhan yang selama ini dikecapinya. “Nikmat Tuhanmu yang mana satu kah yang kau dustakan?” Entah mengapa petang itu hatinya tergerak untuk menyambung bacaan terjemahan Abdullah Yusuf Ali itu. Lalu dicapainya mushaf itu dan di bukanya pada lembaran yang ada penanda dari reben merah jingga. Ayat 178 Surah Ali Imran Let not the Unbelievers think that Our respite to them is good for themselves: We grant them respite that they may grow in their iniquity: But they may have a shameful punishment. (That the cup of their iniquity may be full. The appetite for sin grows with what it feeds on. The natural result is that the sinner sinks deeper into sin. If there is any freedom of will, this naturally follows, though God’s Grace is always ready for the repentant. If the Grace is rejected, the increase of iniquity makes the nature of iniquity plainer to those who might otherwise be attracted by its glitter. The working of God’s Law is therefore both just and merciful.) Ayat 179 Surah Ali Imran God will not leave the Believers in the state in which ye are now, until He separates what is evil from what is good. (The testing of good men by calamities and evil men by leaving them in the enjoyment of good things is part of Universal Plan, in which some freedom of choice is left to man. The psychological and subjective test is unfailing and the separation is effected partly by the operation of human wills, in which some freedom is allowed. But it must be effected, if only in the interests of the good.) Nor will He disclose to you the secrets of the Unseen. (Man in his weak state would be most miserable if he could see the secrets of the Future or the secrets of the Unseen. But things are revealed to him from time to time as may be expedient for him, by Apostle chosen for the purpose. Our duty is to hold fast by faith and lead a good life.) But He chooses of His Apostles (for the purpose) whom He pleases. So believe in God and His Apostles: And if ye believe and do right, Ye have a reward without measure. Ayat 180 Surah Ali Imran And let not those who covetously withhold of the gifts which God hath given them of His Grace, (The gifts are of all kinds: material gifts, such as wealth, property, strength of limbs, etc. Or intangible gifts, such as influence, birth in a given set, intellect, skill, insight, etc. Or spiritual gifts of the highest kind. The spending of all these things (apart from what is necessary for ourselves) for those who need them, is charity, and purifies our own character. The withholding of them (apart from our needs) is similarly greed and selfishness, and is strongly condemned.) Think that it is good for them: Nay, it will be worse for them: soon shall the things which they covetously withheld be tied to their necks like a twisted collar, (By an apt metaphor the miser is told that his wealth or the other gifts which he hoarded will cling round his neck and do him no good. He will wish he could not get rid of them, but he will not be able to do so. According to Biblical phrase in another connection, they will hang like a millstone round his neck (Matt. xviii 6). The metaphor here is fuller. He hugged his wealth or his gifts about him. They will become like a heavy collar, the badge of slavery, round his neck. They will be tied tight and twisted, and they will give him pain and anguish instead of pleasure.) On the Day of Judgement to God belongs the heritage (Another metaphor is now introduced. Material wealth or property is only called ours during our short life here: it then descends to heirs and heirs until it goes to the ultimate heir, the State. So all gifts are ours in trust only; they ultimately, to Whom belongs all that is in the heaven or on earth.) Of the heavens and the earth; and God is well-acquainted with all ye do. Termenung Ahmad seketika. Maha Bijaksana Tuhan, yang memberikan petunjuk dan pengetahuan. Biarpun Ahmad tahu selama ini bahawa kesusahan yang dihadapinya hanya ujian dari Tuhan, namun dia tidak tahu apakah pelajaran dan pengajaran untuk dirinya. Sekarang barulah difahami, dan pengalaman yang dilalui membuatkan pelajaran itu lebih berkesan dihati. Setiap manusia memilih jalan yang ditempuhinya sendiri, samada ke Syurga atau ke Neraka. Maha Adil Tuhan yang memberikan pilihan, dan setiap langkah yang kita lalui walaupun langkah yang silap, masih ada peluang untuk kita bermuhasabah dan bertaubat, serta kembali kejalan yang benar, jalan yang lurus. Suatu masa dulu, rakannya Husin selalu berseloroh tentang kegemarannya mengambil jalan jalan pintas yang kurang dilalui oleh pengguna pengguna kereta lain jika mahu ke sesuatu destinasi. “Apalah kau ni Ahmad, kenapalah kau ni selalu mengambil jalan jalan yang berliku, yang selok kiri, selok kanan, kenapalah kau tak memilih jalan yang lurus” sambil ketawa. Ahmad faham seloroh Husin itu ada dua makna. Memang benar hidupnya penuh liku liku, dan liku liku itulah yang dipilihnya. Dalam memandu kereta dan juga kehidupan harian, dia tidak sabar menunggu dibelakang orang lain maka selalulah Ahmad memilih jalan jalan yang kurang di lalui oleh orang lain. Lebih cepat sampai kedestinasi, asalkan tidak melanggar undang undang. Dulu waktu dia bekerja di Semenanjung dia memilih jalan cepat untuk kemajuan kerjayanya. Dia tidak menetap dalam sesebuah syarikat dan mengambil masa yang ditetapkan untuk belajar dan naik pangkat. Dia berpindah dari satu syarikat ke satu syarikat yang lain dengan kenaikan pangkat dan pendapatan yang cepat. Selain dari melakukan kerjanya sendiri, Ahmad belajar apa yang penyelianya buat, dan modal itulah yang digunakan untuk mohon jawatan yang lebih tinggi. Sedarlah Ahmad sekarang, bahawa Tuhan telah memberi gambaran yang jelas tentang golongan yang lupa tentang taubat dan keampunan Tuhan. Makin jauh terperosok kedalam kancah kedurjanaan kerana mengikut nafsu adrenalin yang membuak bernikmat seketika. Sepertinya nikmat adrenalin semasa mengambil jalan pintas ketika menuju sesuatu destinasi, nikmatnya bila sampai kedestinasi itu lebih dulu dari orang lain. Begitulah juga kita bila melakukan sesuatu yang dilarang Tuhan, adrenalin membuak, feeling high. Tetapi selepas itu diikuti oleh penyesalan, withdrawal. Kesusahan yang dialami Ahmad, dan kesempitan hidup beberapa bulan ini pernah membuatkan Ahmad merasa cemburu pada orang orang yang punya kemudahan kehidupan harian. Mereka punya tempat tinggal, dan wang yang cukup, malah berlebih untuk menyara kehidupan, sedangkan dia kadang tidak punya apa apa untuk santapan anak anaknya malam itu. Namun Tuhan mengingatkan bahawa kekayaan dan harta benda mereka itu akan jadi rantai yang menjerut dileher mereka diHari Pengadilan nanti. Maha Suci Tuhan yang memberi kenikmatan dan memberi jalan keluar pada setiap kesusahan dan ujian dari Tuhan. Tidaklah Tuhan itu memberi ujian pada kita jika kita tidak dapat melaluinya. Tidaklah Tuhan itu memberi beban pada kita jika kita tidak mampu menggalasnya. Yakinlah bahawa Tuhan sentiasa membimbing kita, dan pada ujian itu, ada peluang untuk kita untuk memperbaiki diri.

Friday, May 18, 2012

Harta Untuk Michael


SATU – Anak Papa Aotearoa

DI satu masa, di sebuah daerah perkampungan ghetto di pinggir kota ada seorang anak kecil lelaki bernama Michael. Michael ada empat orang adik beradik seibu. Dia bersekolah rendah di kampungnya, sebuah sekolah serba kekurangan yang di klasifikasikan sebagai sekolah ‘Decile 1’ oleh jabatan pelajaran negeri. Kadang kadang Michael pergi sekolah, kadang tidak, kerana dia perlu menolong ibunya menjaga adik adiknya sementara ibunya keluar rumah. Ibu Michael tidak bekerja, dia seorang solo mother. Kerajaan negeri memberi bantuan sara hidup sekadar cukup untuk makan dan sewa rumah. Michael tidak kenal siapa bapanya. Malah ibunya pun tidak tahu. Dari adik beradiknya, kakaknya yang sulung tahu siapa bapanya, seorang pemain ragbi yang kini tinggal di Gold Coast.

 Ibu Michael, Marama tidak pernah berkahwin. Masa mudanya Marama seorang yang cantik, punya bentuk badan yang menggiurkan pada lelaki. Marama tidak punya kebolehan lain yang boleh menjamin masa depan. Dan dia pun tidak pernah memikirkan tentang masa depan, yang penting adalah masa kini, keseronokan, keindahan dan ‘kuasa’nya keatas lelaki lelaki yang mengidamkan dirinya. Seluruh usahanya semasa muda ditumpukan untuk menarik perhatian lelaki yang paling ganteng, tampan dan berjaya. Maka lelaki lelaki ganteng dan tampan itu pun meraikan Marama dengan wang, kekayaan dan kesenangan. Sehinggalah Marama termengandung. Entah mengapa pada masa itu dia sangat cinta pada pemain ragbi itu. Dan bila saja Marama memberi tahunya yang dia mengandung, ahli sukan ragbi itu pun terus menghilangkan diri, pergi ke negeri lain untuk bermain dengan kelab yang lebih ulung. Untunglah zaman ini dengan adanya internet dan google. Maka bila kakak sulung Michael bertanya siapa bapanya, Marama boleh menuliskan namanya dengan betul.

Lain pula pada Michael, ibunya tidak tahu, dia tidak boleh menjawab bila ditanya. Selepas kelahiran kakaknya, ibunya sudah tidak boleh keluar berpoya poya seperti dulu. Masa dia mengandung Marama terpaksa bertungkus lumus bekerja di sebuah pasaraya untuk menanggung dirinya dan mengumpul duit untuk keperluan bayinya yang akan lahir. Kemudian bila dia sudah jadi ibu, dia sudah layak mendapat bantuan kerajaan sebagai solo mum. Duit yang sekadar cukup untuk sewa rumah dan makanan asas. Kalau dia perlukan lebih dia perlu berusaha. Bila sudah ada anak kecil, tambahan pula dengan kekangan kewangan, masa dan tiada kelulusan yang boleh diperagakan tiadalah kerjaya yang boleh didapati selain memperagakan diri. Dari situlah hasilnya Michael, juga adik adiknya yang lain hasil hubungan ibunya dengan lelaki lelaki yang kasihan pada nasib mereka.

Kesimpulannya, keturunan zuriat golongan ini mengikut rumusan Darwin “The Theory of Natural Selection of Species”. Biar pun begitu, semua makhluk Tuhan di mukabumi ini punya hak untuk hidup, menikmati keindahan dan limpah kurniaNya. Punya hak untuk sesuap roti dan seteguk susu, juga rumah untuk berlindung dari sejuk dan hujan. Tidak kira samada makhluk itu manusia, burung ataupun ulat didalam batu. Telah Allah sediakan untuk mereka rezeki dan tempat tinggal selama masih ada nyawa mereka.


DUA – Anak Emas Semenanjung

Fuad bin Hassan seorang yang terpelajar. Dia ada isteri dan dua orang anak. Anak anaknya cerdas dan pandai. Isterinya sedang menghabiskan thesis untuk PhD dalam bidang mikrobiologi. Mereka datang keAotearoa dengan biasiswa pemerintah negeri Semenanjung. Dahulu isterinya mengajar di universiti di Semenanjung, sementara Fuad menjalankan perniagaannya sendiri dalam bidang IT.  Ayah Fuad seorang pegawai tinggi di negeri Semenanjung, pengarah satu jabatan kerajaan, layak mendapat elaun itu dan ini. Mereka punya dua buah rumah di Bukit Damansara, daerah mewah di kota Lumpur. Puluhan tahun dulu, di awal kemerdekaan Semenanjung, nenda Fuad, Tuan Haji Husin adalah seorang ulama pejuang kemerdekaan yang disegani masyarakat. 
Sudah lima tahun Fuad menetap di kota Gempa. Sementara isterinya berusaha menghabiskan thesis di makmal unversiti, dan anak anaknya bersekolah, Fuad bekerja sepenuh masa di sebuah kilang di kawasan industri di pinggir kota.  Gajinya sebagai pekerja kilang setelah di tolak cukai ialah 450 dolar seminggu. Selain dari itu pemerintah negeri member bantuan untuk subsidi sewa rumah sebanyak 100 dolar, juga bantuan sara hidup untuk dua orang anaknya sebanyak 95 dolar seminggu.  Jadi pendapatan mingguannya 645 seminggu. Dia perlu membayar sewa rumah 350 dolar seminggu. Sementara itu gaji bulanan isterinya semasa bekerja di universiti Semenanjung masih berjalan. Sebenarnya dia tidak perlukan bantuan sara hidup untuk anak anaknya yang 95 dolar itu, tapi di ambil juga sebab dia layak menerimanya, lalu di simpannya dalam akaun ASB anak anaknya. Untuk masa depan anak anaknya, katanya. Sekarang, setelah lima tahun, angka dalam akaun itu sudah mencecah dua puluh ribu. Gaji isterinya dari university yang masih berjalan itu di gunakan untuk membayar rumah dan kereta mereka di Semenanjung. Sementara biasiswa dari kerajaan semenanjung pula digunakan untuk sara hidup tambahan selain gajinya. Fuad tidak pernah memberitahu Jabatan Hasil Negeri Aotearoa bahawa dia menerima biasiswa dan juga gaji university. Sudah pasti dia tidak layak menerima bantuan subsidi sewa rumah dan juga sara hidup anak anak jika hal ini di ketahui Jabatan Hasil Negeri  Aotearoa.

TIGA

Dari Surah AlKahfi
Satu masa di zaman yang lampau, Nabi Musa dan Nabi Khidr sampai di sebuah perkampungan. Mereka dapati orang orang kampung di situ kedekut dan tidak mahu melayang mereka. Secebis makanan pun tidak diberi bila mereka minta. Apalagi bila mereka mahu menumpang bermalam. Di kampung itu mereka menemui sebuah tembok yang condong hampir runtuh. Lalu Nabi Khidr pun membina semula tembok itu, membetulkan semula seperti sediakala. Nabi Musa pelik, kenapa mereka perlu membina tembok itu, sedangkan penduduk kampung itu kedekut dan sombong, dan tidak memberi  mereka makanan, sedangkan mereka penat dan lapar. Lalu Nabi Musa pun bertanya akan hal itu kepada Nabi Khidr.
“Bukankah sudah aku katakana, kau tidak punya kesabaran.” Jawab Nabi Khidr.
Disaat perpisahan, Nabi Khidr menerangkan kepada Nabi Musa bahawa di bawah tembok itu ada harta yang di simpan oleh ayah kepada dua orang anak yatim yang tinggal di rumah itu. Jika tembok itu runtuh, maka harta itu akan terdedah. Ayah kepada anak anak yatim itu adalah seorang yang saleh, dan bila anak anak yatim itu sudah besar, mereka akan mendapat harta itu sebagai Rahmat dari Tuhan dan menggunakannya kearah kebaikan.
Begitu Tuhan menjaga hak anak anak yatim dan miskin. Besarkan keburukan dan dosa pada sesiapa yang memakan hak dan harta anak anak yatim dan miskin.

Kisah Khalifah Umar AlKhattab
Satu masa dizaman pemerintahan Khalifah Umar AlKhattab. Seorang ibu miskin, suaminya mati syahid dalam satu peperangan. Mereka hidup miskin, tiada suami yang menanggung mereka anak beranak; solo mother. Anak anak menangis kelaparan, lalu si ibu menjerang air dan memasukkan beberapa biji batu kedalam periuk.  Buat menghiburkan anak anak, biar mereka tertidur menunggu makanan masak dalam periuk, sedangkan sebenarnya tiada makanan dalam periuk, hanya batu. Ibu itu merintih, andainya suaminya masih hidup, tidaklah keadaan jadi sebegitu buruk. Akan di tuntut nanti di hari pengadilan di Padang Mahsyar nanti pada Khalifah Umar, pemerintah negeri. Kebetulan Khalifah Umar selalu keluar malam hari, mengintip keadaan sebenar rakyatnya, lalu mendengar rintihan ibu tunggal itu. Khalifah Umar lalu pulang ke Baitul Mal, gudang simpanan harta kerajaan negeri masa itu. Lalu di pikulnya sendiri seguni gandum, dan dihantarkannya sendiri kerumah ibu tunggal itu. Apabila hamba Umar meminta untuk memikul guni gandum itu, Umar menjawab, “Bukan kau yang akan dibawa kepengadilan nanti, tapi Umar”.

Tiadalah bezanya antara harta pemerintah Aotearoa dan cara pembahagian hak untuk golongan miskin dan kurang upaya dengan mana mana pemerintahan berteras Islami. Pemerintahan Aotearoa mendapat hasil dari cukai dan jualan asset lalu di gunakan untuk belanja pemerintahan negeri, pertahanan, pendidikan dan sara hidup golongan miskin dan kurang upaya yang berhak mendapat bantuan kerajaan. Maka apabila golongan kaya, walaupun layak, mengambil harta dari hasil cukai, maka berkuranglah budget untuk golongan yang benar benar layak dan memerlukan, seperti Michael.
Apalah bezanya orang kaya yang mengambil bantuan sara hidup kerajaan Aotearoa itu dengan golongan yang memakan harta anak yatim.

Friday, May 11, 2012

Dibawah Lindungan Pohon Epal

Di bawah lindungan pohon epal Dingin sekali dinihari itu. Southern Cross masih terang di sepertiga langit sebelah barat. Tiga bintang sejajar lurus menunjuk kearah barat-timur, dan satu bintang terang sebaris bintang yang tengah lantas menunjuk kearah selatan. Ahmad sudah sedar sejak setengah jam tadi, pukul empat pagi. Lalu dia bangun perlahan, keluar dari caravan menuju kebilik air dan berwuduk. Kemudian dia pergi kebawah pokok epal, lalu melembarkan plastic tarpaulin yang dia gunakan untuk alas bersembahyang di atas simen kasar. Sejak dua minggu lepas dia senang untuk bangun malam mengerjakan tahajud. Malam yang sejuk, tidur di luar rumah membuatkannya terasa mahu buang air di duapertiga malam. Maka bila sudah terbangun dia gunakan sebaiknya untuk bertahajud. Selesai tahajud dia bangun lagi untuk sembahyang hajat, membaca Surah AlKafirun dan Surah Ikhlas sepuluh kali pada rakaat pertama dan kedua. Lalu dia berdoa, “Ya Allah, ampunilah dosa dosa ku, tunjukkanlah daku jalan yang benar dan yang Kau redhai, berikanlah anak anak dan isteriku hidayah dan keampunan, ampunilah kedua ibubapaku, aku ingin menjaga ibuku ya Allah, aku ingin berbakti pada ibuku. Ya Allah berilah aku kehidupan yang baik, pengakhiran yang baik dan kesihatan yang baik. Ya Allah berikah daku rezeki yang besar untuk memudahkan jalan hidupku. Ya Allah, berilah daku rumah yang baik. Rabbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, wakina azabannar. Allah hummaghfirli waliwali dayya walilmukminin wal muslimat al ahya wal amwat birhmatika Ya arhamar Rahimin. Innama amruhu idza arodasyaian ayyakulu lahu kun fayakun. Allahummasalli ala Muhammad waala ali sayyidina Muhammad.” Lalu dia pun bangkit berjalan balik ke caravan untuk tidur lagi sementara menunggu subuh. Sejak dua bulan ini hidupnya amat berubah. Dia rasa kesusahan menimpanya satu persatu. Dan kesusahan itulah yang makin mendekatkan dirinya pada Tuhan. Lalu dia bersungguh-sungguh mendekatkan dirinya pada Yang Esa. Sejak enam bulan lalu dia mula baca Surah AlKahfi setiap Jumaat, biarpun kadang tak habis atau terlepas, tapi dia tetap mencuba, dan sejak tiga bulan ini dia boleh habis surah itu setiap jumaat. Ahmad pernah terbaca satu hadith yang mengatakan sesiapa yang membaca Surah Alkahfi pada hari jumaat, maka diampunkan dan dilindungi hingga ke jumaat selepasnya. Dalam Surah AlKahfi itu, pada ayat 10, pemuda pemuda AlKahfi itu berdoa pada Tuhan, bahawa mereka tidak dapak menyelesaikan masalah yang mereka hadapi, "Tuhan kami, kami tidak dapat menghadapinya, kami serahkan kepadaMu Ya Allah" Perubahan mendadak dalam hidupnya bermula tiga bulan lalu. Masa itu Ahmad menyewa rumah di daerah Northcote. Satu hari, dia menerima surat dari tuan punya rumah yang di sewanya. Notis keluar rumah dalam masa enam minggu lagi. Ahmad mula berusaha mencari rumah sewa baru, disamping itu dia mula menjual stok alat alat ganti basikalnya dengan harga murah. Dia perlu mengumpulkan wang. Pindah rumah bererti banyak wang habis. Stok perniagaannya dihabiskan dengan lelongan murah di internet. Begitu juga perkakas komputernya dan buku bukunya. Asal habis, tak susah nak angkut bila pindah rumah. Malangnya selepas 3 bulan masih juga dia tidak dapat rumah untuk disewa. Dia terpaksa menyewa stor simpanan barang untuk menyimpan pakaian dan perkakas rumahnya. Kesusahan hidupnya membuatkan Ahmad makin mendekatkan diri pada Tuhan. DIa sudah jarang meninggalkan sembahyang tahajud, begitu juga sembahyang dhuha. Dan dia selalu membaca Surah AlWaki’ah pagi dan petang. Rakannya memberitahu, kalau selalu baca Surah AlWaki’ah, murah rezeki, namun Ahmad dapat mengurangkan kerisauan dihatinya dengan membaca Surah AlWaki’ah. Dia meneliti makna ayat ayat dalam Surah itu. Bila Kiamat berlaku, manusia akan terbahagi kepada tiga golongan; golongan kanan, kiri dan satu lagi golongan yang maju kedepan. Di pertengahan Surah itu Allah menceritakan tentang keindahan syurga, dan juga keindahan bidadari syurga yang bermata bulat. Hatinya senang, kesusahan yang dialaminya hanyalah ujian Tuhan terhadap hambaNya. Dan Tuhan tidak menguji hambaNya dengan ujian yang berat, yang tidak boleh dihadapi, dan dilalui. Bila sampai pada ayat yang menerangkan tentang azab neraka yang akan di lalui oleh golongan kiri, hatinya berkata semoga Tuhan menjauhkannya dari termasuk dalam golongan itu. “la aqiluna min sajarim min zaqqum” , mereka minum zaqqum, air panas yang menggelegak, dan air kotor dari nanah yang busuk. Hatinya berkata, tak apalah, biarlah tuan punya rumah yang disewanya memberinya notis keluar rumah, dan menyusahkannya dengan tidak memulangkan wang cagaran sewa rumah, serta tidak memulangkan nilai seminggu sewa yang dia terlebih dan tersilap bayar. Dia itu nanti akan terpaksa meminum zaqqum. Sedikit demi sedikit Tuhan bukakan rahsia disebalik kesusahannya. Ahmad berjiran dengan sekeluarga orang Rusia, suami isteri berumur lingkungan lewat enam puluhan dan anak bujang tuanya berumur lingkungan empat puluhan. Lelaki bujang tua itu seorang yang eccentric, tidak bekerja dan sengaja mencari salah orang dan melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan. Telah berkali kali lelaki bujang tua itu lapor kepada polis tentang anak anak Ahmad yang bermain di depan rumah dan tepi jalan, hingga polis tidak peduli lagi. Kemudian dia lapor kepada pihak berkuasa tempatan tentang rumput yang agak panjang di halaman depan rumah Ahmad. Begitu pun seorang pekerja tempatan hanya datang dan setakat melihat, rumput panjang bukanlah masalah besar. Tak lama kemudian Ahmad mendapat tahu rahsia kenapa dia si beri notis. Bahawa lelaki itu pergi kerumah tuan rumah yang disewanya lalu meminta Ahmad di beri notis keluar. Apa boleh buat, Ahmad hanya boleh berishtigfar. Dia masih tidak punya cukup wang untuk wang cagaran rumah sewa baru. Masa itu Ahmad berazam untuk berusaha lebih membaiki alat alat ganti basikal dan komputer. Namun setelah dua bulan, dia masih belum dapat menyimpan jumlah yang cukup. Pernah dia bercerita tentang masalah yang dihadapinya itu pada rakannya, Wak Melan. “Banyak-banyaklah kau sembahyang hajat, rezeki kau tu ada, InsyaAllah, cuma belum sampai masanya” nasihat Wak Melan. Setiap insan didunia ini Allah telah tentukan rezeki untuknya. Masa terus berlalu, Ahmad masih gagal untuk mendapatkan rumah sewa. Sementara itu harga sewa rumah terus melambung. Bandar Gempa itu menghadapi masalah perumahan yang meruncing. 5000 lebih rumah mula dirobohkan kerana berada di red zone, kawasan yang terjejas teruk akibat gempa bumi setahun lalu. Tanahnya mendap, melorot kearah sungai, berlaku tanah runtuh atau menghadapi masalah liquefaction setiap kali berlaku gempa bumi. Sementara itu, penghuni rumah rumah yang di baiki juga terpaksa mencari rumah sewa untuk tempat tinggal sementara. Pekerja pekerja binaan dari daerah lain pula mula sampai untuk kerja kerja meroboh dan pembinaan. Mereka juga perlukan tempat tinggal. Disitulah berpuncanya masalah perumahan yang meruncing. Harga sewa rumah naik dengan mendadak. Ahmad termasuk dalam golongan yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah, juga tidak mampu untuk membayar harga sewa yang tinggi. Dulunya masyarakat negeri itu mengamalkan sikap egalitarian. Tidak jauh jurang antara golongan yang kaya dengan yang miskin. Pemerintah negeri menetapkan kadar cukai yang tinggi pada yang berpendapatan tinggi. Hasil cukai di bahagikan kepada golongan yang di bawah paras kemiskinan, agar semua lapisan masyarakat mengecapi kehidupan yang normal, ada rumah untuk tempat berteduh, kemudahan pelajaran hingga ketahap tertinggi dan sara hidup untuk keperluan seharian. Hasil negeri, samada dari cukai pendapatan rakyatnya, cukai perniagaan dan dividen perniagaan kerajaan digunakan untuk melaksanakan khidmat kerajaan kepada rakyatnya dan menampung sara hidup rakyat yang perlu ditanggung oleh masyarakat, iaitu golongan kurang upaya dan tidak berpendapatan. Begitu juga golongan tua dan fakir miskin. Setiap rakyat punya hak untuk sesuap roti dan seteguk susu, rumah untuk berteduh dari hujan dan salji musim sejuk, juga pelajaran yang asas untuk kanak kanak. Untuk menampung semua itu, cukai pendapatan dan cukai servis ditetapkan pada kadar yang tinggi. Keuntungan dividen dari hasil perniagaan syarikat syarikat kerajaan yang berniaga secara monopoli dalam bidang telekomunikasi, perkapalan, pengangkutan dan elektrik banyak menyumbang kepada hasil negara. Namun sekitar tahun 80an dasar Thatcherism banyak mempengaruhi pemerintahan waktu itu. Harta harta awam, yang terkumpul hasil titik peluh dan cukai rakyat terdahulu di ‘bundle’kan dalam bentuk syarikat syarikat besar, lalu saham sahamnya dijual. Hasilnya digunakan untuk mengurangkan cukai pendapatan yang tinggi pada waktu itu. Dengan kebolehan menurunkan cukai, maka Parti Buruh yang memerintah waktu itu dapat memenangi pilihanraya berulangkali. Bila ekonomi merudum, hasil cukai pun menurun, akibatnya kerajaan tidak dapat menampung perbelanjaan harian. Bukan sahaja perbelanjaan kerajaan mesti dikekang, malah bantuan untuk golongan yang kurang upaya dan miskin terpaksa dihentikan. Dibawah lindungan pohon epal Daun daun kuning layu berguguran Dingin dan basah hujan turun lembut di musim luruh Langit cerah warna kuning dan ungu aurora australis Seterang bintang bintang Southern Cross Bagai mengingatkan manusia; bahawa kehidupan ini hanya menuju satu arah Selatan, kebawah, six feet under. Harta, kekayaan itu semuanya hanya pinjaman Kesenangan, keindahan hanyalah bayang bayang dan mirage Ilmu dan pengetahuan akan berguna selagi masih ada otak untuk memanfaatkan Maka manfaatkanlah nikmat yang telah dipinjamkan, diberikan Kerana semuanya akan di tarik balik, samada kita sedar atau pun tidak. Samada kita rela ataupun tidak. Redhalah, semoga Tuhan meredhaimu. Ahmad masih ingat kata kata Wak Melan satu hari ketika mereka berbual tentang harta. “Harta dan duit itu hanya pinjaman, kalau Tuhan nak tarik balik, Dia tarik balik melalui anak anak kita, kadang kita mengalami kemalangan yang perlukan banyak duit. Jadi kalau nak cara yang paling selamat untuk simpan duit, pinjamkan saja pada Tuhan. Pasti Tuhan akan pulangkan balik dengan berganda.” *sila baca nota dibawah. Sejak akhir akhir ini Ahmad didatangi kawan kawannya meminta bantuan. Alhamdulillah Tuhan menghantarkan mereka kepadaku, bisik hatinya. Hinggalah dia tidak punya apa apa. Semoga Tuhan menggantikan dengan yang lebih baik. Dan dia yakin tentang itu. Maha Suci Tuhan, yang Maha Kaya dan Maha Adil, jauh dari sifat sifat manusia, yang tidak berhutang mahu pun memberi hutang. Kata kata di atas adalah kiasan semata mata. Hendaklah kita fahamkan bahawa janji Tuhan itu benar, Tuhan telah berjanji jika kita bersedekah di jalan Nya, beramal ibadah harta benda, maka akan di ganti olehNya dengan berkali kali ganda.

For those who give in Charity, men and women, and loan to Allah a Beautiful Loan, it shall be increased manifold (to their credit), and they shall have (besides) a liberal reward.