Isu Mishar
Title: Isu Mishar
Seorang teman menulis begini:
Kasilah itu alim ulamak explain itu misyar(oma) dulu. Itu alim
ulamak arif itu Al-bab ugama, hukum-hakam,perlaksanaan dll . Ini bab
kena faham betul2 supaya kita tak tergelincir dan jatuh itu lubang
yang gelap dan menghukum sesuatu yang kita pun tak pasti. Ramai anti-
auntie polygamy sudah tergelincir aqidah sebab menentang hukum
polygamy....kalu jealous, irihati, sakit hati itu sama pompuan lain
itu lain cerita, ini boleh kasi ubat.
Kalu baca itu kisah nabi, isteri nabi Muhammad pun serahkan giliran
pada itu isteri2 muda dgn rela hati. Siti Khadijah pun berkorban
harta-benda , jiwa raga utk suami sampai habis harta dunia. Ini
contoh wanita (ummul mukminin) yang banyak iman dan dapat suami Nabi.
Yang dapat suami punya nafsu macam babi tu, jangan bagi satu sen
pun...nanti makin banyak pulak dosanya dan dosa pada wanita lain.
Soal nafsu, soal tak suka, benci, rasa mual dll...ini sumua soal
peribadi. Soal lelaki gatal, miang, gelojoh, dll ini pun soal perbadi
lelaki dan bukan semua lelaki ada itu macam. Yang macam-macam ada
tulah yang problem banyak sikit...Tapi jangan lupa, isteri macam2
ada/mengada pun problem jugak.....
Harap anti-auntie Misyar tarak marah dgn itu Misyar kalu ianya
merawat dan menyelesaikan masalah sosial (yg genuine) seperti dgn
hukum polygamy. Kalu itu suami tarak adil, auntie2 jangan bimbang
sebab Allah akan mengadili setiap mereka di Yaumul Mahshar......Nanti
orang akan tanya, itu siapa punya suami yang masuk neraka sebab tarak
adil sama mereka punya Mishar/isteri ????....Ooooh, itu Anti auntie
Misyar punya suamilah !
Malu di dunia tapi jangan malu di akhirat
Konsep kahwin misyar disalaherti..., kata Dr Zuhdi
Muhammad Razif
May 30, 06 5:19pm
Pencetus polemik 'kahwin misyar', Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid mendakwa perdebatan mengenai konsep perkahiwnan berkenaan sudah menyeleweng jauh dari konsep dan tujuan asal cadangan beliau.
"Perdebatan kahwin misyar ini sudah jauh menyeleweng, ia penuh dengan prejudis dan pandangan-pandangan yang melampau.
"Lelaki dan perempuan nampaknya menjadi emosi ketika membincangkan isu ini. Sepatutnya kita menjadi orang yang sanggup mendengar dan bersabar dalam membincangkan isu ini. Mana tahu mungkin ada kebaikannya,"ujar beliau ketika dihubungi hari ini.
Dr Zuhdi yang merupakan pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaya mahu semua pihak yang berminat dengan isu tersebut, supaya kembali menghayati apa sebenarnya yang beliau sarankan.
"Konsep kahwin misyar yang saya maksudkan ialah perkahwinan antara perempuan yang berpendapatan tinggi dan berpangkat dengan lelaki yang lebih rendah pendapatannya. Saya tidak galakkan mereka duduk berasingan selepas berkahwin.
"Dalam perkahwinan itu pihak perempuan bersetuju suaminya yang berpendapatan rendah tidak menanggung nafkah zahirnya, memadai memberikannya kasih sayang, menjadi pemimpin keluarga dan menunaikan tanggungjawab yang lain.
"Saya tidak kata lelaki lari daripada tanggungjawab sebagai suami. Peranan sebagai suami tetap diteruskan, anak-anak terus diberikan perhatian.Cuma suami diringankan tanggungan dari aspek kewangan, itupun selepas ada persetujuan bersama," jelas beliau.
Menurut beliau, kawin misyar juga tidak bererti suami melepaskan terus tanggungjawab menyara keluarga.
Bukan untuk berpoligami
"Atas persetujuan bersama, suami berkenaan menyara keluarganya mengikut kemampuannya dengan dibantu oleh isterinya yang berpendapatan lebih tinggi,"jelasnya lagi.
Malah, katanya, ikatan suami isteri yang bermula dengan perkahwinan misyar juga boleh ditukar menjadi perkahwinan biasa jika ditakdirkan selepas berkahwin mereka, pekerjaan dan pendapatan suami bertambah baik.
Beliau juga menegaskan, saranannya juga tidak menyentuh soal poligami kerana beliau menyarankan wanita berpangkat dan berada berkahwin dengan lelaki berpendapatan rendah, bukan berkahwin dengan suami orang.
"Saya rasa sudah sampai masanya masyarakat kita berhenti memandang serong pada perkahwinan tidak sama taraf atau tidak sekufu. Kita perlu berlaku adil pada wanita-wanita yang sanggup berkahwin dengan lelaki yang lebih rendah pangkat atau kedudukannya,"ujar beliau.
Menurutnya lagi, soal konsep perkahwinan misyar disalahgunakan juga tidak timbul kerana dalam perkahwinan biasapun banyak berlaku penyelewengan.
"Saya menyetujui konsep kahwin misyar ini kerana saya lihat ia mampu mengatasi masalah andartu atau ibu tunggal yang semakin ramai. Saya tidak nampak bagaimana ia menjatuhkan martabat wanita kerana semua dibuat atas persetujuan bersama,"tambah beliau.
Dr Zuhdi juga menjelaskan, perkahwinan misyar juga tidak akan menimbulkan masalah pengabaian tanggungjawab terhadap anak-anak, harta sepencarian dan soal faraid kerana semua hukum itu telah termaktub dalam al-Quran dan perlu dipatuhi oleh pasangan suami-isteri.
Seorang lagi teman menulis:
Tidak salah misyar kalau isteri redha. Susah nak cari isteri yang redha
dengan apa yang ada pada suami. MAlah kalaulah isteri redha nak beri
suami duit, why not? Bukankah redha-meredhai antara suami dan isteri boleh
membahagiakan rumahtangga. Tak semua hak itu wajib dipertahankan. Ada
hak itu tak wajib dipertahankan malah sunat dan boleh pula dikorbankan.
Dan Seorang teman di negara Dubailand menulis begini:
Actually, the basic principle, mis-yar is halal. As polygamy is. The problems when these halal matters are abused. We have wajib, harus, makruh, halal, haram for appropriate thingies.
Mis-yar issue could be a way for the local media to sway people from real issues on the ground. Inflation, crime rates, corruption at the high places, police brutalities, decline of standard in education, employment etc which affecting all of us as the normal citizens of milizia.
Me not worried much about mis-yar (or misha not married yet, is she not?), it is a legal contract between two willing parties. So be it. Redho-meredhoi, bahagia dunia dan akhirat.
1 comment:
Petikan Ceramah Nikah Misyar oleh Dr Asri Zainul Abidin
Ulama' Khilaf Dalam Membolehkan Pernikahan Misyar:
1) Mereka yang mengharamkan: Sheikh Nasiruddin al-Albani dan beberapa ulama lain. Alasan mereka ialah kerana tidak sampai maksud perkahwinan iaitu kewajipan suami kepada isteri seperti nafkah, tempat tinggal dan lain-lain.
2) Tidak memberikan hukum: Ulama yang berpendapat sebegini ialah Sheikh Shalil al-Uthaimin.
3) Menghalalkan akan tetapi tidak menggalakkannya. Dipegang oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan beberapa ulama' lain. Majma' Fiqh Islam Sedunia membenarkannya.
Alasan mereka yang membenarkan ialah:
1) Bukan suami yang mengambil hak isteri, akan tetapi si isteri yang menawarkan untuk haknya ditarik. Sebagai contoh seorang wanita berkata kepada seorang lelaki bahawa lelaki tersebut tidak perlu menanggung kewangannya, dan hanya tinggal bersamanya beberapa hari sahaja. Dalam kes ini wanita tersebut sendiri yang menawarkan haknya untuk dikurangkan. Ini sama seperti kes isteri Nabi Muhammad SAW, Ummul Mukminin Saudah yang memberikan giliran harinya untuk bersama Rasulullah SAW kepada Ummul Mukminin 'Aisyah RA.
2) Bukan suami yang meminta hak itu dikurangkan, sebaliknya wanita tersebut yang menawarkannya.
3) Seeloknya di siasat benarkah isteri itu memang benar-benar sanggup menyerahkan haknya atau hanya cakap sahaja ketika sedang kemaruk cinta. Sebagai contoh, jika dia berkata bahawa si lelaki tidak perlu menanggung kewangannya, maka perlulah bertanya benarkah dia memang betul-betul mampu menanggung dirinya sendiri tanpa tanggungan suami, dan benarkah dia memang rela untuk mengurangkan haknya.
Pro dan Kontra:
Pro:
1) Perkahwinan ini dapat mengurangkan jumlah wanita yang tidak berkahwin.
2) Meredakan tekanan emosi bagi wanita berkerjaya yang mahu bersuami tetapi ramai lelaki yang enggan kerana takut untuk menanggung wanita berpendapatan tinggi.
3) Mengurangkan maksiat zina dan muqaddimah zina lebih-lebih lagi kepada golongan muda seperti pelajar-pelajar universiti, lebih-lebih lagi kebanyakan mereka sudah mempunyai pasangan masing-masing, becintan-cintun, dan ke hulu ke hilir dengan bukan mahram.
Kontra:
1) Takut-takut berlaku penindasan ke atas wanita.
2) Masalah jika si isteri mengungkit-ungkit.
Post a Comment