Saturday, November 07, 2009

What is Wahabi?

Title: What is Wahabi?
“Kullu bidatin dhalalah, dhalatun fin Nar” Or something like that, and we have heard it so many times.
Of 1.3 billion Muslims in the world, I am the last one, and who is least qualified to talk about this issue that is raging hot between Dr MAZA and JAIS. So please dont quote me.
True this issue is confusing Muslims in Malaysia, and worse, even more confusing to non Muslims.
So what is Wahabism?
To be fair, no one in the world would raise their hand and say that he/she is a Wahabi. Wahabi is a label, that stuck by the Ali Sunnah Wal Jamaah(Sunni) and Shiah on puritanical Muslim followers of Muhammad bin Abdul Wahab (hence Wahabi).
These followers of Wahabism has a few characteristic views, among others;
*they quote ““Kullu bidatin dhalalah, dhalatun fin Nar” on religious practices that they dont agree, ie religious practices that were not practiced during the times of the Prophet Muhammad saw.
*they dont do wirid after salat (obligatory 5 times daily prayers), nor doa.
*they say that there is no basis for reading Yasin on Friday, and as such its bid’ah.
*celebrating Prophet Muhammad saw birthday is bid’ah, and so is reading Kitab Barzanzi aloud in a majlis.
*another cultural practice that the Wahabis are against is majlis tahlil and Yasin.
*they dont read talqin when burying the dead.
True that some of these practices that Muslims in Malaysia and Indonesia were doing are not obligatory. Okay then, are they WRONG? No. So are the Wahabis WRONG? No. CONFUSING? Yes.
The first time I got confused with this similar issue was many years ago, I was a kid, in the 70’s attending Quran class at Surau Haji Abdul Ghafur near Masjid Baroh, Tanjong Karang. Back then the issue was beduk and ketuk ketuk (hollowed tree trunk, when you beat in the middle, it gives a loud gong) to mark the prayer time. In the days before loudspeaker, azan cannot be heard all over the village, because human voice was not loud enough. Beduk and ketuk ketuk are louder, and at different frequency spectrum, and can be heard all over the village. Ketuk ketuk is also used to tell villager of death news (ie if somebody has died in the village) even these days.
Then the masjid had enough money to buy loudspeaker system, and a generator for the electricity needed. Then there was a new siak (person who clean the masjid) who was employed recently. He follows this Kaum Muda thinking, and doesnt like the villagers using beduk and ketuk ketuk to call for prayer before the call of azan. Things come to head when he start the call of azan on the loudspeaker and beduk and ketuk ketuk hasnt been done. The order of things was the that, beduk number one, ketuk ketuk number two and then azan. Who got confused the most? Kids, me included.
Last January, I was chatting with my uncle Mustakim on this issue of Wahabism. We were talking about the practice of the villagers reading Surah Ikhlas thousands of times, and counted, the first 7 nights, and Tahlil after that and some interval, say, a 40 days, 100 days etc. My uncle said the late Haji Abdul Ghafur explained when a man is dead and buried, Munkar and Nakir would question the dead and beat up the dead person if he/she doesnt answer correctly. Reading Surah Ikhlas thousands of times for the benefit of the departed and recite doa and prayer for the departed is to ask Allah’s intercession so that the departed would not be beaten in the grave. Hopefully by reciting Fatihah and Surah Ikhlas for him, he will get better life in the grave. When a person is dead, his/her good deeds has ceased, except three, his wealth that has been spent on charity like building masjid and religious school, his knowledge that was taught to his pupils and his children or friends who recite prayers for him. So if we recite prayers and ibadah or give sadaqah/alms for the benefit of the departed, he/she will get it in the grave.
Is this bid’ah? The word bid’ah hasnt even arise. Of course, this is not obligatory, and the villagers were doing this for the benefit of the departed, as well as themselves.
So why does the older generation, the old imams, muftis kept quiet about this? They dont say anything, or saying that Kaum Muda are wrong. Thats because the Kaum Muda are right, BUT (with a pregnant pause..) being young people, they are idealists, a bit shallow in thinking and knowledge (my apologies, if you feel slighted, kalau terasa) and need to learn more, much more before opening their mouth. The older imams, muftis and ustadz see that these young people Kaum Muda need guidance, and time to learn. You can see that Dr MAZA need guidance, more so after his outburst and press conferences soon after he was ‘arrested’ by JAIS for giving lecture without ‘tauliah’.
I can see the reason for the system of ‘tauliah’, effectively a licence to teach Islam at public lectures, we dont want the Muslims got confused with half baked statement and religious explanations.

Yes you can contradict me, write comment or add anything as well correct me wherever necessary.



Terdapat dua kelompok manusia, jika kedua-duanya baik, maka masyarakat akan menjadi baik, dan jika kedua-duanya rosak, maka masyarakat juga akan menjadi rosak, mereka itu ialah umarak dan ulamak (Hadis riwayat Ibn Abdul Barr)

Rakyat menjadi rosak akibat daripada rosaknya pemerentah, dan pemerentah menjadi rosak akibat daripada kehadiran ulamak yang buruk (al-suu') Imam Al-Ghazali Ihya' Ulumuddin.
Muhasabah Untuk Dr Asri Zainal Abidin

http://drasmadinet. blogspot. com/search? updated-min= 2007-01-01T00% 3A00%3A00% 2B08%3A00& updated-max= 2008-01-01T00% 3A00%3A00% 2B08%3A00& max-results= 16
http://drasmadinet. blogspot. com/2007_ 04_01_archive. html
http://drasmadinet. blogspot. com/2007_ 03_01_archive. html

<< < (2/2)

IbnuNafis:
Sanggahan ini dibuat atas artikel DR MAZA yang bertajuk : Islam Antara Nas Dan Pendapat Tokoh. Sila klik : http://drmaza. com/home/ ?p=710

Dijawab oleh Dr Asmadi Mohamed Naim

Biografi beliau Dr Asmadi:

Berasal dari Kelantan tetapi dibesarkan di Kuantan, Pahang sehingga ke peringkat Menengah kerana mengikuti keluarga yang berkhidmat dengan kerajaan. Memulakan pengajian Islam secara rasmi pada tahun 1998 di sebuah madrasah di Sungai Ular, Kuantan. Menyambung pelajaran di Jordan untuk mempelajari Bahasa Arab pada tahun 1989-1990. Menamatkan pengajian Thanawi Empat di Pakistan dari 1990-1993 dan kemudian melangkah semula ke Jordan (1993-1997) untuk menamatkan pengajian B. Shariah sehinggalah saya menamatkan pengajian MIRKH (1998-99)dan PhD di UIAM pada dari 2000 hingga 2004. Saya mempunyai seorang isteri dan 6 orang cahaya mata. Untuk mengetahui lebih lanjut sila ke homepage saya di http://staf. uum.edu.my/ asmadi

Sanggahan terhadap artikel DR MAZA :

KOMEN TERHADAP ARTIKEL `ISLAM: ANTARA NAS DAN PENDAPAT TOKOH'

Oleh: Dr Asmadi Mohamed Naim

Saya membaca tulisan Dr Asri bertajuk: Islam: Antara Nas Dan Pendapat Tokoh. Pada saya Dr. Asri mengulas perbahasan kitab-kitab ulama tanpa mengetahui susur galur dan sebab musabab kenapa perbahasan sedemikian muncul. Ini dikeranakan latarbelakangnya pengajian ijazah pertama Bahasa Arab Jordan yang tiada subjek Syariah kecuali terlalu sedikit (seumpama pelajar sastera Melayu di Malaysia, tidak seperti Kuliah Bahasa Arab di al-Azhar), kemudiannya dia terus terjun dalam pengajian hadith di peringkat Masters (secara penyelidikian dan bukan berguru) dan hanya PhDnya sahaja ada 8 kursus yang perlu dilalui secara berguru. Hubungannya dengan ulama-ulama adalah terlalu sedikit berbanding pembacaan.

Untuk mengkritik kitab-kitab turath, dia memilih satu huraian kitab yang ditulis oleh ulama yang tidak terkenal di kalangan ulama mutaakhirin. Dia tahu dia tidak akan berjumpa perkara sedemikian dalam kitab mutaqaddimun mazhab. Dia tahu, dia sukar untuk mengkritik syarahan Imam al-Shafie, al-Mawardi, al-Nawawi dalam aliran mazhab Shafie. Demikian sukar juga dikutuk pandangan Abu Yusuf, Muhammad dan Zufar dalam mazhab Hanafi. Sukar juga di'pandir'kan pandangan pemuka mazhab Malik seperti Ibn Rusyd al-Jad dan Ibn Rusyd al-Hafid dan al-Dasuqi sebagaimana sukar mempertikai Ibn al-Qudamah, al-Maqdisi dalam mazhab Hanbali.

Sesiapa yang mempelajari 'madkhal al-fiqh' (Pengantar al-Fiqh) sepatutnya menyedari adanya budaya 'araaitiyyun' (kalau sekiranya... araaita) di kalangan ulama untuk membahaskan kemungkinan- kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa. Sekira sangkaan baik ada pada pelajar, ia akan merasakan bagaimana hebatnya seseorang imam itu berusaha mengembangkan perbahasan dalam sesuatu perkara. Itu ijtihad mereka dan sumbangan mereka. Kebiasaan guru-guru Shariah menerimanya sebagai satu usaha ulama-ulama silam memperhalusi setiap perbahasan dan bersangka baik dengan ulama-ulama ini.

Tugas pelajar-pelajar Shari'ah kemudiannya menyaring dan memahami perbahasan tersebut untuk disampaikan kepada masyarakat awam. Bahkan daripada contoh-contoh yang diberi, akan terbentuk kaedah mengeluarkan hukum di kalangan pelajar Shari'ah. Bukan semua orang layak menjadi mujtahid.

Sekali lagi 'isu kecil' berus gigi diperbesarkan utk menunjukkan dan membuktikan kebodohan ulama silam. Bukankah ada pandangan ulama silam yang tetap membenarkan bersugi selepas zohor?

Pada saya, ulasan negatif terhadap ulama-ulama tersebut menunjukkan 'kepandiran' orang yang memperkecilkan ulama-ulama silam tersebut. Kalau dia melalui pengajian rasmi Shari'ah di University of Jordan yang saya sama universiti dengannya (dan hampir sama tahun pengajian), dia akan berjumpa dengan ramai pensyarah-pensyarah yang menyindir pelajar-pelajar supaya menjaga adab dengan ulama. Bahkan ada yang menyebut: TitleBox'Hum rijal wa nahnu zukur' iaitu 'mereka lelaki (yang sebenar) dan kita lelaki (biasa)' sebagai sindiran kepada mereka yang merasakan setaraf atau lebih hebat dari ulama-ulama silam tersebut walaupun baru setahun dua di Kuliah Shari'ah. Bahkan pengajian saya dengan tokoh-tokoh Salafi Jordan seperti Prof. Dr Umar al-'Ashqar (yang digelar Salafi Tulen Jordan), Prof. Yasir al-Shimali dan lain-lain menunjukkan bagaimana mereka menghormati pandangan Imam-Imam mazhab tersebut dan anak-anak muridnya. Tidak pernah keluar dari mulut Prof. Umar perkataan 'banyak contoh-contoh bodoh yang dibentangkan oleh ulama Fiqh!'

Demikian juga, malang bagi Dr. Asri apabila semua 'busuk' yang dia lihat pada ulama silam. Takut-takut 'bahtera perubahan' menjadi 'bahtera fitnah'... Pada saya ini sudah menjadi 'keterlanjuran dan fitnah melampau' Dr Asri terhadap ulama! Yang di sebaliknya dia menyeru: Quote

'Jangan ikut ulama, tapi ikutlah aku kerana aku bukan Pak Pandir dan akulah paling benar'.

Manakala ulasannya dalam Hashiah al-Bajuri, dia tidak menyatakan mukasurat. Saya lebih cenderung dia tersilap menterjemahkan. Terjemahan asal ialah memasukkan `keseluruhan kemaluan'. Kalau benarpun terjemahannya, ia di bawah konsep bahasa Arab yang di sebut `lanjutan contoh' bukan sebagai `contoh utama'. Jadi, dia seharusnya lebih memahami perbahasan ulama-ulama fiqh dan seharusnya cuba bersangka baik kepada ulama-ulama tersebut sebagaimana dia boleh bersangka baik kepada Albani walaupun banyak 'tanaqudhat' (pandangan yang saling berlawanan samada dalam kitab yang sama atau kitab berbeza).

Wallahu a'lam.

Allahu musta'an.

IbnuNafis:

fitnah dr. asri / dr.mazaDQ

Cuba lihat kenyataan Dr Asri yang menghina Sayyid Ja'far al Barzanji :
Quote

Saya bukan nak complain.BARZANJI saya complain ..ni complain kan ne.BARZANJI tu bukan dia tu satu orang yang hebat sangat.Bukan BERZANJI...BAARZANJ I(intonasi suara perli loghat India/Pakistan/ Afgahnistan) Jaafar Albarzanji.

Cuba dengar intonasi suara beliau yang jelas-jelas memperlekehkan Mufti Mazhab Syafie di Madinah al Munawwarah.

Siapakah Sayyid Ja'far al Barzanji yang diperlekehkan oleh Dr Asri ini ?

Keturunan dan Kelahirannya :

Nama beliau ialah Ja'afar ibn Hasan ibn Abdul Karim ibn Sayyid Muhammad ibn al Qutb al Arif Sayyid Rasul ibn Abdus Sayyid ibn Abdur Rasul ibn Qalandar ibn Abdus Sayyid ibn Isa ibn al Hussain ibn Bayazid ibn al Mursyid Abdul Karim ibn al Qutb al A'zam al Ghauth al Fard al Jami' Isa ibn Ali ibn Yusuf ibn Mansur ibn Abdul Aziz ibn AbduLlah ibn Ismail al Muhaddith ibn al Imam Musa al Kazim ibn al Imam Ja'afar al Sodiq ibn al Imam Muhammad al Baqir ibn al Imam Ali Zainal Abidin al Sajjad ibn al Imam al Syahid al Husain ibn al Imam Amirul Mukminin Ali ibn Abu Talib.

Tarikh Kelahiran

Pada hari Khamis awal bulan Zulhijjah 1126 Hijrah di Madinah al Munawwarah

Perkataan 'Barzanji' yang dinisbahkan kepada namanya diambil dari nama kampung asal keturunannya.

Latar Belakang Pendidikannya

Beliau dibesarkan di bawah didikan dan asuhan ayahandanya. Beliau mempelajari al Quran daripada Syeikh Ismail al Yamani radiyaLlahu 'anhu. Kemudian mempelajari ilmu tajwid daripada syeikh Yusuf al Sa'idi radiyaLLahu 'anhu dan Syeikh Syams al din al Misri radiyaLlahu 'anhu. Di antara guru-gurunya di Madinah ialah :

1. Sayyid Abdul Karim Haidar al Barzanji radiyaLlahu 'anhu

2. Sayyid Yusuf al Kurdi radiyaLLahu 'anhu

3. Sayyid 'AtiyyatuLlah al Hindi radiyaLlahu 'anhu

Setelah itu, beliau mendalami ilmunya dengan ulama' yang berada di Makkah dan menetap di sana selama 5 tahun. Di antara guru-gurunya di Makkah ialah :

1. Syeikh 'AtaiLlah ibn Ahmad al Azhari

2. Syeikh Abdul Wahhab al Tontowi al Ahmadi

3. Syeikh Ahmad al Asybuli dan lain-lain lagi.

Oleh kerana kepakarannya yang tinggi di dalam persada ilmu, beliau telah diijazahkan dengan sanad-sanad ilmu oleh masyaikh pada zamannya. Di antara guru-gurunya yang pernah menganugerahkan sanad kepadanya ialah :

1. Syeikh Muhammad Tayyib al Fasi

2. Sayyid Ahmad al Tobari

3. Syeikh Muhammad ibn Hasan al 'Ujaimi

4. Sayyid Mustafa al Bakari

5. Syeikh AbduLlah al Syubrawi al Misri

Beliau telah belajar daripada mereka pelbagai ilmu pengetahuan. Di antaranya ilmu saraf, nahu. mantiq, ma'ani, bayan, adab, fiqh, usul fiqh, faraidh, matematik, hadith, mustalah hadith, tafsir, dakwah, kejuruteraan, arudh, kalam, bahasa, sirah, qiraat, suluk, tasawwuf dan sebagainya.

Apa yang berlaku pada zaman mutakhir ini, sesetengah ahli masyarakat melemparkan tuduhan bahawa beliau bukan seorang ilmuwan Islam. Anggapan yang tidak berasas ini, menyebabkan kitab maulid karangannya yang selama ini diterimapakai di dalam Majlis Sambutan Maulid Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam di kebanyakan negara Islam dituduh mengandungi banyak perkara khurafat dan bertentangan dengan Al Quran dan Hadith.

Oleh kerana itu, untuk meneutralkan tanggapan negatif ini, adalah wajar diketengahkan sanad beliau yang menghubungkan ilmunya dengan dua buah kitab hadith yang muktabar; al Bukhari dan Muslim sehingga kepada RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam bagi membuka mata dan meyakinkan kita bahawa pengarang Kitab Maulid Barzanji yang kita baca selama ini bukanlah calang-calang ulama.

Sanad Jami' Al Sahih Imam Bukhari

Sayyid Ja'far al Barzanji belajar daripada,

1. Syeikh Muhammad Tayyib al Fasi, belajar daripada

2. Syeikh Ibrahim al Dir'i, belajar daripada

3. Syeikhah Fatimah binti SyukriLLah al Uthmaniyyah, bonda nendanya Sayyid Muhammad ibn Abdur Rasul, belajar daripada

4. Al Syams Muhammad ibn Ahmad al Ramli, belajar daripada

5. Syeikh al Islam al Qadhi Zakaria ibn Muhammad al Ansari, belajar daripada

6. al Hafiz Ahmad ibn Ali ibn Hajar al Asqalani, belajar daripada

7. Syeikh Ibrahim ibn Ahmad al Tanukhi, belajar daripada

8. Syeikh Abi al Abbas Ahmad ibn Abi Talib al Hajjar al Dimasyqi, belajar daripada

9. al Siraj al Husain al Mubarak al Zaibidi, belajar daripada

10. Abdil awwal ibn Isa al Harawi, belajar daripada

11. Abdir Rahman ibn Muzaffar al Dawudi, belajar daripada

12. Abi Muhammad AbduLLah ibn Hamawih al Sarkhasi, belajar daripada

13. Syeikh Abdi AbdiLlah Muhammad ibn Yusuf ibn Matar al Farabri, belajar daripada

Pengumpulnya, Amirul Mukminin al Imam al Hafiz al Hujjah Abu AbdiLLah Muhammad ibn Ismail al Bukhari.

Sanad Sohih Muslim

Sayyid Ja'far al Barzanji, belajar daripada

1. Syeikh AbduLlah al Syubrawi al Misri, daripada

2. Syeikh Muhammad Zurqani ibn Abdul Baqi al Maliki al Azhari, daripada

3. Al Hafiz Muhammad ibn 'Ala' al Babili, daripada

4. Syeikh Abi al Naja Salim ibn Muhammad al Sanhuri, daripada

5. Al Najm Muhammad ibn Ahmad al Ghaiti, daripada

6. Syeikh al Islam Zakaria ibn Muhammad al Ansari, daripada

7. Abi al Nu'aim Ridhwan ibn Muhammad, daripada

8. Syeikh Abi Tahir Muhammad ibn Muhammad, daripada

9. Abi al Faraj Abdur Rahman ibn Abdul Hamid al Maqdisi, daripada

10. Syeikh Abi al Abbas Ahmad ibn Abdud Daim al Nablusi, daripada

11. Syeikh Muhammad ibn Ali al Harani, daripada

12. Faqih al Haram Muhammad ibn al Fadhl al Farawi, daripada

13. Syeikh Abi al Husain Abdul Ghafir ibn Muhammad al Farisi, daripada

14. Abi Ahmad Muhammad ibn Isa al Jaludi, daripada

15. Syeikh Abi Ishaq Ibrahim ibn Muhammad ibn Sufyan al Zahid, daripada

Pengumpulnya al Imam al Hujjah Muslim ibn al Hajjaj al Qusyairi al Naisaburi.

Kepakarannya di dalam bidang keilmuwan telah menarik ramai orang datang menemuinya untuk mempelajari ilmu. Beliau mengikuti dan menyelami jalan ahli tasawwuf dan meninggalkan kerehatan dan tidur lebih dari 20 tahun sehingga beliau mempunyai kemahiran di dalam ilmu naqli (berasaskan al Quran dan Sunnah) dan aqli. Beliau pernah mengambil tariqat daripada Sayyid 'AtiyatuLlah al Hindi dan Sayyid Mustafa al Bakari.

Beliau telah mengarang banyak kitab yang menakjubkan dan bermanfaat. Di antaranya ialah kitab Maulid Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam yang tidak pernah ditulis oleh pengarang sebelumnya yang dinamakan dengan 'Iqd al Jauhar fi Maulid al Nabi al Azhar sallaLlahu 'alaihi wasallam.

Hubungan Sosial

Beliau juga mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam masyarakat sehingga dilantik sebagai Mufti Mazhab Syafie radiyaLLahu 'anhu di al Madinah al Munawwarah. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga kewafatannya dan dianugerahkan dengan kebesaran yang tinggi sehingga kata-katanya diperkenankan dan dilaksanakan oleh raja-raja dan pemerintah-pemerint ah di Haramain (Makkah dan Madinah), Mesir, Syam, Rom dan sebagainya.

Kata-katanya juga diterimapakai oleh Jemaah Menteri Kerajaan Uthmaniyyah dan pembesar-pembesar negara tersebut. Suaranya tersebar seperti burung yang berterbangan di seluruh pelusuk dunia hingga hampir tiada sesiapa yang tidak mengenalinya. Karyanya tersebar luas dan kelebihan kitabnya tiada tolok bandingnya pada zamannya.

Akhlaknya

Beliau mempunyai akhlak yang mulia, bersifat tawadhu', hati yang bersih, cepat memaafkan orang lain dan tidak mengabaikan hak orang lain. Beliau merupakan keturunan dari keluarga RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan di kalangan ketua yang menjadi tempat rujukan keturunan Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam pada zamannya. Beliau juga merupakan seorang yang zuhud, wara', berpegang dengan al Quran dan Sunnah, banyak berzikir, sentiasa bertafakkur, mengorbankan harta dan jiwa untuk melakukan kebaikan serta banyak bersedekah sehingga dikenali sebagai seorang dermawan.

Beliau juga mempunyai karamah yang dizahirkan oleh ALlah subahanahu wa Ta'ala. Di antaranya, beliau pernah dipanggil dari tempat solatnya pada Hari Jumaat menaiki mimbar RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam. Pada masa tersebut, sedang berlaku kemarau yang panjang. Maka orang bertawassul dengannya supaya diturunkan hujan. Dengan kehendak ALlah subahanahu wa Ta'ala, maka hujan pun turun dengan lebatnya dan tanah yang kering kontang menjadi subur. Ramai di kalangan ulama' yang memujinya sebagaimana yang dirakamkan di dalam syair gubahan mereka. Di antaranya :


"Dahulu sayyiduna Umar RadiyaLlahu 'anhu pernah bertawassul meminta hujan dengan Sayyiduna al Abbas radiyaLLahu 'anhu, dan kini kami bertawassul dengan Ja'far radiyaLlahu 'anhu, maka diturunkan hujan kepada kami"

Khalifah Umar ibn al Khattab radiyaLlahu 'anhu sepertimana yang diriwayatkan oleh al Bukhari dan Muslim daripada Anas radiyaLlahu 'anhu pernah bertawassul dengan bapa saudara Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam, iaitu Abbas ibn Abdul Muttalib ketika berlaku musim kemarau. Umar RadiyaLlahu 'anhu berdoa :
Quote

Ya ALlah! Sesungguhnya apabila kami menghadapi kemarau, kami bertawassul kepada Engkau dengan Nabi kami (Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam) maka Engkau menurunkan hujan kepada kami. Dan sekarang ini, kami bertawassul kepada Engkau dengan bapa saudara Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam, maka turunkanlah hujan jepada kami." Anas radiyaLlahu 'anhu menyebut, "Maka hujan pun diturunkan ke atas mereka."

Sila lihat di dalam Kitab Syifa' al Saqqam karangan Syeikh Taqiyuddin al Subki H:171.

Kewafatannya

Beliau wafat pada Hari Selasa selepas Asar 4 Sya'ban 1177 Hijrah.

Sumber Rujukan: Haji Muhammad Fuad Kamaluddin al Maliki, Al Bayan 8, Cet Pertama 2008, Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah Dan Syariah, Majlis Agama Islam Negeri Johor. Malaysia.

IbnuNafis:
Sudah lama isu ini berlaku, golongan opportunis (yang suka mengambil peluang) tidak kiralah samada dari mana-mana parti politik. Begitulah juga kepada yang memusuhi intitusi ulama dan mufti di negara Malaysia ini. Pada satu masa mufti dilihat apabila menyebelahi mereka, maka akan disanjung-sanjung, dipandang tinggi. Tetapi apabila menyuarakan perkara yang penting untuk maslahah ummah dan terkena pada golongan yang lain mufti jugalah yang akan dimaki hamun, dikata kesat. Demi sebuah kebenaran, saya perlu mengulas isu ini.

Penghinaan dan fitnah terhadap Mufti

Lebih mengejutkan lagi apabila yang menghina dan memfitnah institusi mufti itu sendiri adalah dari kalangan mufti sendiri seperti yang pernah dilakukan oleh seorang bekas mufti di Perlis iaitu Dr Asri Zainal Abidin. Sila lihat sahaja perkataannya :
Quote

Saya berhenti menjadi Mufti, bukan saya serik. Jadi mufti apa nak serik. Boleh duduk diam-diam dan enjoy dengan jawatan. Jangan banyak cakap atau bangkang. Boleh pergi mesyuarat hotel sana, dan hotel sini. Lawatan sana, lawatan sini. Masuk ke tempat mahal-mahal. Ada kereta rasmi, terbang sana, terbang sini dan cukup bulan ambil gaji. Diam dan jangan peduli sangat apa yang sedang berlaku, maka jawatan itu satu nikmat yang 'sukar hendak dilepaskan.
- Al Islam April 2009, m/s 28-29. Juga di laman web DrMaza: Klik Di Sini

Maaf cakap, entah berapa ramai di sana yang taksub dan taqlid membuta tuli percakapan dan fatwanya yang menyelidik tentang erti sebuah kebenaran dan akhlak yang datang dari seorang ilmuwan agama? Sudahkah membaca artikel KEMBARA ILMU KE INDIA yang ditulis oleh Dr Asri di laman webnya dan kemudian telah dibuang beberapa hari selepas ditulis? (Artikelnya dipost semula : DI SINI) Dan akhirnya kebenaran tetap ALlah tunjukkan dengan tulisan ini Tanggapan Artikel Kembara Ilmu Ke India - Dr MAZA. Tidak perlulah saya mengkhabarkan tentang sikap beliau yang lain. Ingin juga menjawab sahaja di dalam laman web DrMaza.Com tetapi saya masih tidak terjumpa lagi ruangan komen. Dimana ya?

Saya teringat kata hikmah Ibn Sirin (w. 110H/728) mengungkapkan
Quote

"Sesungguhnya ilmu ini agama, dan perhatikan dari siapa yang engkau ambil agama ini".

Alangkah apabila dilihat kalimah ini semakin terlihatlah kebenarannya kini.

Bukan sedikit pula yang mencaci maki ulamak seperti yang terjadi kepada Mufti Perak (lihat isu politik di Perak), dan mufti lain yang dituduh sebagai hanya memanaskan punggung di tempat duduk. Bahkan ada yang mengatakan binatang yang diharamkan lebih mulia dari mufti - silalah rujuk : Babi Lebih Mulia.

Dan begitulah, siapa yang ingin menyelidik akan sebuah kebenaran?

Terkadang saya berfikir - mengapa ya sesama umat Islam bukan main lagi dimusuhi, mudahnya dihukum sesat, mudahnya dihukum musyrik. Tetapi dengan orang kafir yang ada tugasnya sebagai missionari Kristian disambut dan dibela (sila rujuk : Isu kalimah ALlah hendak digunakan oleh Kristian di Malaysia). Apa kita lupa firman ALlah :
Quote



"(Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat)"

(QS. Al Hujurat : ayat 10 )

Bukankah telah disabdakan oleh RasuluLLah yang bererti : Dari Abi Hamzah bin Malik radiyaLLahu 'anhu, khadam RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam dari Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam sabdanya :

Quote

Tiada sempurna iman seorang kamu hingga ia mencintai saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita mengatakan telah beriman kepada al Quran dan Sunnah, bahkan ada yang mengaku ingin menjadi pendokong kedua-duanya. Apakah ucapan itu hanya pada jari jemari sahaja tanpa ada penghayatan?

Bila Mufti dihina dan difitnah, siapakah pula yang membela mereka?

Adakah kita sebenarnya tahu siapa mufti di negeri masing-masing? Dan mengambil tahu hal ehwalnya dan dimana mereka turun ke padang mengajar di kelas pengajian, di masjid? Jika di Johor ini, bekas Mufti Johor Dato' Noh Gadot (sekarang ini penasihat Agama Islam Johor) selalu turun padang dalam memberi ceramah dan aktivitinya dapat diikuti dari buletin Agama Kerajaan Negeri Johor, begitulah juga Mufti yang baru iaitu Dato' Haji Ta h r i r bin Kiyai Haji Shamsudin.

Di Negeri Sembilan, bekas Mufti iaitu Dato' haji Mohd Murtadza selalu mengadakan ceramah dan kuliah hampir setiap hari dalam sebulan di 14 buah mukim. - Temubual Dengan Mufti Negeri Sembilan Demi Tugas, Milenia Muslim, Februari 2009, m/s 14-18) Begitulah... siapa pula yang hadir di setiap kuliahnya dan akhirnya menghamburkan fitnah pula kepada mufti?

Adakah kita tahu siapakah yang mencadangkan kepada Sultan Perak agar Menteri Besar Ir Nizar dilantik selepas PRU yang lalu? Takkan kita tidak mengambil tahu tentang peranannya dalam Majlis Fatwa Kebangsaan sama-sama di dalam majlis syura mengeluarkan hukum dalam banyak perkara berkaitan feqh kontemporari yang kita sendiri pun tidak mampu hendak mengulasnya apatah lagi yang hanya pandai bercakap belakang hanya selepas fatwa diputuskan? Segalanya ada diulas di Milenia Muslim Bulan Mei 2009 muka surat 66-70. Anda akan tahu pendirian Mufti Perak ini berkenaan parti politik. Silalah beli dan baca untuk sebuah kebenaran.

Lalu saya tertanya juga di dalam hati : Adakah kita benar-benar inginkan sebuah kebenaran? Inginkan perpaduan dan bukan perpecahan? Ataupun selepas membaca tentang sebuah kebenaran tetap dipilih kebatilan? Dan tetap memilih dan menyokong mereka yang inginkan kepada perpecahan umat Islam? Siapakah pula yang ingin membela saudara seIslamnya yang dituduh dan difitnah bermacam-macam?

1 comment:

A. Alshukor said...

I read yr comment in Kuda Ranggi's blog, and drop by to read yr article. Its a long one.

First of all, everyone is entitle to his or her own opinion. Second everyone has the right to AGREE to DISAGREE.

The problem today ... Islam is a misunderstood religion because if you take Islam as a religion, than it is one of many religion in this world. You group Islam among Christian, Jews, Buddhist,Hindus and all the others.

So you like it or not, Muslim should not simply agree to placing Islam in the same perspective. However, it is the right of those people in all the other faith, to choose their own faith, and to those whom Allah show's the right path shall insyaallah revert back to Islam.

However, clearly Muslims today, as Our beloved Prophet Muhammad has mentioned ... meaning, "Islam shall be divided into 73 groupings, 72 will enter the hell, and only 1 shall enter PARADISE." Asked by the sahabat ... who/which one? "Wa hiyaal Jamaah"

Now without even elaborating, most Muslim today will say they are the one, their group is the one, their Tok Guru, Professor, Syeih's teaching should be followed.

So we have now the Sunnah and Syiah killing each other, all over the world. The four mazhab and the challenge of wahabis.

Why is this happenning???

It is because simply, very simply most of us forgot the most important point.

How can I be the Muslim whose "amal" is accepted by Allah SWT.

I am not interested to debate, but am willing to discuss base on the Al Quran and Al Hadith.

May Allah show all of us his HIdayah, insyaallah.