Friday, September 19, 2008

Bukan Isu Azan, Tapi Kuliah dari Kaset dan VCD


Reading this report from Malaysiakini, I think that the Non-Muslim were approaching the correct way. They just handing over petition, asking to tone down the kuliah agama from cassette player and VCD. Its not about azan.

Tiga disiasat polis isu masjid Kinrara
Jimadie Shah Othman | Sep 19, 08 1:06pm
Polis sehingga ini memanggil tiga orang berhubung isu petisyen masyarakat bukan Islam yang mendesak diperlahankan penggunaan pembesar suara dalam program keagamaan di Masjid Bandar Kinrara.

Polis menemui pengerusi jawatankuasa masjid Abdul Rahman Nasir dan seorang penduduk bukan Islam yang menyerahkan petisyen itu kepada exco kanan Selangor, Teresa Kok – masing-masing ditemui awal malam tadi dan tengah hari semalam.

Bilal masjid berkenaan Bahrudin Maskor dilaporkan memberi keterangan kepada polis kira-kira pukul 1.30 petang di ibu pejabat polis (IPD) Dang Wangi semalam.

masjid azan loud speaker issue 120908 01Pertengahan Februari lalu, 189 penduduk bukan Islam di kawasan berkenaan mengemukakan petisyen meminta masjid berkenaan memperlahankan pembesar suara dalam ceramah, kuliah dan bacaan al-Quran daripada kaset dan CD.

Abdul Rahman berkata beliau ditemui dua anggota polis daripada IPD Dang Wangi selepas berbuka puasa semalam di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Beliau sedang mendapatkan rawatan sakit buah pinggang.

Ditanya butiran soal siasat polis itu, Abdul Rahman memberitahu Malaysiakini, beliau memberikan kerjasama dengan “menjawab soalan seperti yang dikatakan dulu” kepada pihak media.

Seorang penduduk dekat masjid tersebut yang dikenali sebagai Choo ditemui polis di kediamannya di Seksyen 5 Bandar Kinrara.

Suaminya Steevan Ee, yang menyerahkan petisyen itu kepada masjid dan wakil rakyat Sri Serdang Datuk Mohamad Satim Diman, berkata seorang anggota polis mengambil keterangan Choo tengah hari semalam.

“Polis hendak minta tengok surat (petisyen) yang dihantar, tetapi oleh sebab dia sudah dapat daripada pihak masjid, dia tidak ambil,” katanya.

Ditanya kesan pertemuan itu terhadap masyarakat Cina sekitar yang menandatangani petisyen itu, Ee berkata: “Sekarang mereka jadi takut.”

No comments: