Sunday, March 01, 2009

Si OKU yang berkata ‘Celaka’ itu

Si OKU yang berkata ‘Celaka’ itu

Si OKU yang berkata ‘Celaka’ itu
Dulu sihat berlari sekarang bertayar
Apakah rahsia disebalik itu
Musibat, ingatan ataukah rahsia layar

Si OKU yang berkata ‘Celaka’ itu
Pernah dikata orang celupar
Bahawa kekurangan nya itu pembalasan
Oleh kata kata nya yang dahulu celupar
Membuat sidang menjadi bingar

Sayugialah di ingatkan
Agar ini jadi pelajaran
OKU OKU itu adalan ingatan
Bahawa kesihatan dan nikmat itu lah pemberian Tuhan
Agar kita sentiasa mensyukuri
Dan mengingati hak mereka dari rezeki kita
Kehadiran mereka itu sebagai ingatan

Sayugialah di ingatkan
OKU ditinggikan darjat oleh Tuhan
Jika hidup dan matinya dalam beriman
Kata kata mereka itu doa, rintih hati mereka itu doa
Akan segera di makbulkan Tuhan

Noor Yahaya Hamzah
Christchurch, NZ

4 comments:

Loreburner said...

Oi!!!!! Celaka itu tak melakukan jenayah macam pemimpin Haprak UMNO. Kau celaka menyokong Pemuda UMNO bodoh sombong, haprak & celaka.

nooryahaya said...

Ko paham ke apa yang aku tulis tu?
"Kata kata mereka itu doa, rintih hati mereka itu doa
Akan segera di makbulkan Tuhan"

jadi kita berhati hati dan jangan sakiti mereka, hati mereka
kerana doa mereka dimakbulkan Tuhan.

ijan said...

lovely poem :) sometimes, kita yg cukup sifat ni lbh 'cacat' dr yg OKU...and it's worse because yg 'cacat' itu is our mind. we may dislike something but it doesn't give us the excuse to be hateful, ill mannered etc.

nooryahaya said...

terima kasih ijan.
i think i know you. selamat hari raya. ampun maaf di pinta.