Thursday, June 19, 2008

Sultan Murka!

Terkejut juga bila baca berita yang kata Pemuda PAS Selangor nak buat tunjuk perasaan dekat Stadium Selangor kerana Ella dan Mas Idayu buat Konsert sempena perlawanan bolasepak antara Selangor dan Singapura.

Saya tak pernah pergi Konsert Ella. Tak tahu pula kalau Ella tu melalaikan atau menyesatkan, bagi saya Ella tu macam orang biasa saja. Pernah jumpa di supermarket 15 tahun dulu, masa tengah top, macam orang biasa saja. Tak lah perangai macam Paris Hilton.
Sila baca DI SINI.

Jadi saya tak berapa faham kenapa Pemuda PAS membantah sangat. Saya juga agak Ella, Mas Idayu dan Alleycats akan perform lagu lagu Melayu. Memang kita tak expect mereka nak bernasyid..

Bagi saya, kalau tak nak dengar, jangan pergi lah. Pergi masjid ke, banyak lagi bende boleh buat.

Kan lebih baik kalau kita menegur dengan cara elok. Konsert belum lagi di adakan, kita dah bantah, dah nak buat tunjuk perasaan. Mana tahu Ella dan Mas Idayu nanti nyanyikan lagu lagu nasyid, lagu lagu yang mengajak kepada kebaikan. Bukankah buruk sangka kepada Ella dan Mas Idayu tu. Tak elok, Buruk sangka tu berdosa.

Kan lebih baik kalau kita sama sama pergi, kendian buat permintaan kepada Ella dan Mas Idayu nyanyikan lagu lagu yang kita suka, nasyid ke, Talal Badru Alaina yang macam Yusof Islam nyanyikan tu. Itu kalau nak pergi dan pantau.


Dah tu buat surat hantar kepada Menteri Besar.. dah tu kena panggil jumpa Sultan..

BACA DI SINI

Memang betul Sultan kata, jangan besar besarkan perkara trivial ni, belum sampai masanya nak larang itu ini. Ini tak boleh itu tak boleh.
Nampak sangat kita ni jumud.

Memang betul amal makruf, nahi munkar.

Buat amal makruf tu dulu, nanti nahi munkar, bila sampai masanya semua orang faham dan tak buat.

Kat kampung dulu ada orang tua nama Pak Mokhyi. Tapi itu kat Tanjong Karang 30 tahun dulu. Si Uztadz Sallehen Mokhyi, Ketua Pemuda PAS Selangor ni asalnya orang kampung saya ke?

No comments: