Friday, November 09, 2007

Anwar Ibrahim's Letter

Quick Links
Homepage
Anwar Ibrahim Blog
KeADILan website

LIVE-Blogging from Bersih rally

Surprise Surprise!
I received an email from Anwar Ibrahim today!
This letter is about tomorrows gathering at Dataran Merdeka as I saw in Malaysiakini.
So whats going to happen if police arrest all those who attend?

Are we moving towards dictatorship as in Pakistan?

Regular updates from Bersih rally

ANWARIBRAHIMBLOG
Latest News

FACE-to-FACE interview with Anwar Ibrahim

Judicial Rot, Wall Street Journal Oped

Anwar reveals more footage of Lingam tape

SHAM DEMOCRACY - A Report on Electoral Fraud


Malaysia opposition rallies for change


Bloomberg news surveys Malaysian politics

Join Our List


November 9, 2007
From the
Office of Anwar Ibrahim
Salam sejahtera Saudara/Saudari

Perubahan Sistem Pilihanraya dan Masa Hadapan Malaysia

Hak untuk mendapatkan sebuah sistem pilihanraya yang bersih dan adil adalah merupakah hak demokratik yang dimiliki segenap lapisan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia mempunyai, secara sah disisi undang-undang untuk memperolehi hak ini, juga melaksanakan dan mengubah sebarang bentuk elemen sistem tersebut sebagai satu mesej kepada kerajaan untuk mengubah sistem pilihanraya yang jelas kelihatan korup dan hanya memihak kepada pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dan kuasa.

Perhimpunan rakyat yang dijadualkan berlangsung pada 10hb. November 2007 di Kuala Lumpur menunjukkan bahawa ia merupakan satu langkah di dalam kempen rakyat untuk mengubah sistem dan mengawalselia proses pilihanraya daripada korupsi dan sebarang bentuk penipuan.

Rakyat yang bakal menghadiri perhimpunan tersebut mewakili masyarakat Malaysia yang peka bahawa demokrasi tidak akan hadir semudah disangka. Hak asasi kita untuk diperintah oleh kelompok yang bebas dan bermoral adalah satu hak yang kadangkala memerlukan pengorbanan besar dan keupayaan untuk berhadapan dengan sebarang bentuk intimidasi dan kesukaran.

Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada penganjur perhimpunan ini atas keupayaan kepimpinan dan visi mereka yang begitu cemerlang untuk merealisasikan perhimpunan ini.

Saya juga merakamkan rasa terharu ke atas ribuan rakyat yang merantau dari seluruh pelusuk negara untuk melaksanakan hak demokratik mereka untuk berhimpun secara aman dan menyatakan pendirian mereka.

Negara kita sudah berada di satu persimpangan. Untuk meneruskan keadaan yang parah ini hanya akan menyaksikan rakyat terus dinafikan hak dan dicabul maruahnya. Generasi terdahulu sebelum kita menggesa kita supaya berubah dan memperjuangkan nilai-nilai di mana negara akan terus kekal berdiri dengan prinsip perpaduan, kesaksamaan dan keadilan.

Generasi yang bakal mengikuti jejak langkah kita kelak akan menoleh sejarah dan mengiktiraf pejuang-pejuang rakyat yang berhimpun pada 10hb. November dan memperjuangkan hak yang sekian lama dirampas daripada rakyat.

Justeru, saya menggesa seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kepercayaan, bangsa, agama dan ideologi politik untuk menyertai pergerakan ini dan hadir menyatakan sokongan pada Sabtu, 10 November 2007 di Dataran Merdeka.

Bersama kita menggarap usaha ke arah Malaysia yang lebih baik!

ANWAR IBRAHIM


Greetings!

Electoral reform and the future of Malaysia

The right to free and fair elections is a democratic right to which the people of Malaysia are entitled. The Malaysian people have, in lawful pursuit of this right, exercised and exhausted all means of recourse to petition their government to reform an electoral system that is visibly corrupt and beholden to vested interests and the powers that be.

The rally that is scheduled to take place on November 10th in Kuala Lumpur represents the next step in our campaign to reform the system and safeguard the electoral process from fraud and corruption.

Those who attend the rally represent a vanguard of Malaysian society who realise that democracy does not come served on a silver platter. Our basic right to be governed by people who are just and of sound moral character is a right that sometimes requires great sacrifice and courage in the face of intimidation and adversity.

I commend the organizers of the rally for their leadership and visionary thinking in bringing this event to fruition.

I also applaud the thousands who are traveling to our nation's capital to exercise their democratic right to peaceful assembly and free expression.

Our nation has reached a crossroads. To continue along the current trajectory is to ensure our continued decline and to rob us of our dignity as a people. The legacy of our founding fathers urges us to change and to reclaim the values upon which the nation was founded - unity, equity and justice.

The generations who follow ours will look back in history and glorify those patriots who were steadfast on November 10th to reclaim the rights that have been usurped from us all.

I therefore urge all Malaysians of conscience, irrespective of race, national origin, religion or political affiliation to join this movement and to appear on Saturday in Merdeka Square. Let us work together for a better Malaysia.

ANWAR IBRAHIM



-- BERSIH RALLY FOR ELECTORAL REFORM NOV 10---

No comments: