Sunday, May 20, 2007

13 Mei 1969: Parang Terbang was real



This one from Harakahdaily.
It is true, parang terbang was real, as I wrote in my previous post. As my father said, Allahyarham Tun Razak and now Uztaz Hassan asked and counsel slempang merah fighters to go home. No, my father never told me the full story.

Tragedi 13 Mei: 'Saya minta pejuang-pejuang Sg. Manik pulang'
Azamin Amin
Fri | May 18, 07 | 12:27:12 PM
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Hrkh) - Demi mengelakkan pertumpahan darah lebih banyak dan menjadikan suasana semakin huru-hara, beliau meminta para pejuang Sg. Manik yang digeruni dan turut dikenali sebagai kumpulan 'parang terbang' dan 'selempang merah' untuk pulang ke Perak.

Demikian kisah bekas Senator, Ustaz Hassan Shukri yang sesekali mengimbau tragedi 13 Mei 1969 ketika ditemubual wartawan Harakah berhubung sejarah penubuhan PAS, muktamar dan penerbitan Harakah.

Katanya Pengerusi Majlis Gerakan Negara (Mageran), Allahyarham Tun Abdul Razak turun meminta beliau untuk bertemu dengan para pejuang itu yang sudah pun berkumpul di Kuala Selangor untuk 'turun mengamuk' di Kuala Lumpur.

"Alhamdullilah mereka mendengar kata saya dan pulang ke kampung masing-masing, " katanya.

Ustaz Hassan bagaimanapun tidak memberitahu kaeadah atau pesanan yang telah berjaya 'melembutkan' hati para pejuang itu.

"Mungkin kerana mereka menghormati ayah saya yang pernah terlibat dengan peperangan di Sungai Manik pada zaman dulu," kata bekas Timbalan Presiden PAS itu.

Ketika ditanya tentang 'pendedahan semula 13 Mei' oleh pihak-pihak tertentu, beliau enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu kenyataannya disalah tafsir.

"Masing-masing mempunyai versi dan cerita yang berbeza.DAP dengan ceritanya, Umno dengan ceritanya, orang Cina dan orang Melayu ada cerita mereka sendiri tetapi hanya Allah sahaja yang tahu kisah sebenarnya," katanya.

Beliau juga kagum dengan sikap Tun Abdul Razak yang begitu menghormati dan mengambil kira pandangan pimpinan PAS ketika itu.

"Waktu darurat itu, Tun Abdul Razak beberapa kali mengadakan pertemuan dengan saya dan beberapa pimpinan PAS yang lain untuk menyelesaikan masalah negara yang pada ketika itu amat meruncing," katanya lagi.

Selain itu beliau turut menceritakan kisah penyertaannya secara rasmi dengan PAS sewaktu berusia 14 tahun pada 1951; malah penyertaan beliau didorong oleh satu peristiwa unik yang mencetuskan semangatnya untuk mendekati PAS.

"Sebabnya ialah loteri kebajikan yang saya terima daripada guru saya dan saya bawa pulang ke rumah.

"Akhirnya saya dimarahi dan dihamun oleh ayah saya," katanya dan turut memberitahu salah satu sebab yang mendorong alim ulama bertindak keluar daripada Umno dan menubuhkan Parti Islam Se-Malaya kerana membantah program loteri kebajikan yang dianjurkan dan 'direstui' kerajaan pada masa itu.

"Disebabkan itu, saya mula berjinak-jinak dengan mengikuti aktiviti PAS di kampung dan mula menyertai secara aktif pada tahun 1951," katanya lagi. - mks.

(Ikuti sembang-sembang beliau berkaitan sejarah PAS, muktamar dan Harakah pada keluaran Harakah akan datang)


--------------------------------------------------------------------------------


Komen oleh (3) Pembaca

Tampeleing kainak
Dihantar oleh Parit 9, on 18-05-2007 16:39
Ayuhakkk betimpasannnn
Tolong betulkan
Dihantar oleh Arif, on 18-05-2007 15:54
Saya rasa wartawan tersalah rekodkan ".....keluarnya PAS daripada Barisan Nasional itu...." . Yang tepat ialah "...keluarnya ulama-ulama dari UMNO..." Tahun 1951 BN belum ada dan pada tahun 1978, BN singkirkan PAS, dan bukan kerana isu loteri kebajikan. Tolong betulkan
Apa versi PAS?
Dihantar oleh Pahuluan, on 18-05-2007 15:29
Sayang Ustaz Hassan tidak mahu memberi ulasan yang konkrit tentang Peristiwa 13 Mei itu. Walaupun setiap parti ada versi yang tersendiri, beliau sepatutnya memberitahu apa versi PAS (kalau ada)?

2 comments:

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih

Liza Abu Bakar said...

terkenang...