Wednesday, May 30, 2007

Keadilan Manifesto, can I claim credit?

I wrote about minimum wage which wa published in Malaysiakini here:
http://www.malaysiakini.com/letters/64956

which was then pick up by Nik Nazmi, Anwar's political aide:
http://www.niknazmi.com/wordpress/index.php/archives/489

Suffice to say that in between, it started heated debate about pros and cons of minimum wage law since then. It was published in MTUC newsletter among others
http://www.mtuc.org.my/newslettermac07.pdf
And then the Govt increase salary for civil servants:
http://www.malaysiakini.com/news/67508

I also ask Govt, what about the rest of us? Again was published in Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/letters/67659

I support PKR for RM1000 minimum wage manifesto. This works out about RM4.62 per hour.

29/05: Keadilan akan perkenal gaji minimum RM1000 kepada semua pekerja
Category: General Posted by: Raja Petra
Oleh Zulkifli Mohamed

SEREMBAN: KeADILan akan memperkenalkan kadar gaji minimum kepada golongan pekerja di sektor awam mahupun swasta, sekurang-kurangnya pada kadar RM1000 sebulan, sekiranya parti itu diberi mandat membentuk kerajaan baru selepas pilihan raya nanti.

“KeADILan juga berazam akan menyediakan kesihatan percuma kepada semua golongan pekerja dalam sebarang kes kesihatan, pengecualian kos pendidikan kepada anak pekerja yang berpendapatan rendah,menyediakan rumah mampu milik dan faedah-faedah lain yang memberi manfaat kepada para pekerja.

“Kita juga akan mengkaji semula kadar dan sistem percukaian terutama cukai pendapatan individu.”

Ketika menyampaikan Ucapan Dasar sempena Kongres Nasional ke-4, di Sekolah Tinggi Chung Hwa, dekat sini, pagi ini, Presiden Keadilan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata golongan pekerja juga akan digalak menubuhkan kesatuan bagi membolehkan mereka menuntut kebajikan yang sah termasuk hak mendapatkan kemahiran tinggi daripada para majikan.

“Masih banyak ruang dan lompang kelemahan yang harus diperbaiki dalam usaha membela nasib dan memberi keselesaan kepada golongan ini,” ujarnya.

Dengan tema ucapannya, ‘Mari Menuju Kejayaan’ Azizah berkata tindakan kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam sehingga 35 peratus, adalah petanda cukup jelas pilihan raya umum ke-12 begitu hampir.

Kelembapan ekonomi

Azizah turut menyentuh perihal ekonomi negara yang dikatakan masih lembab, kerana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara masih sekitar 5 peratus sejak hampir 10 tahun dahulu.

Keadaan itu, jauh tertinggal di belakang berbanding China dan India. Bahkan, katanya di rantau Asia Tenggara, selain Singapura Thailand dan Vietnam telah mula memacu ekonomi mereka berbanding Malaysia.

Jelasnya banyak usahawan Malaysia, khasnya bukan Melayu membawa keluar perniagaan mereka ke luar negara.

“Apakah mereka (usahawan) tidak lagi yakin dengan suasana perniagaan dan ekonomi negara ini?” ujarnya

Blogger dan media alternatif

Menurut Azizah, kehadiran blogger dan media alternatif di alam siber, menggusarkan penguasa, kerana teknologi moden tersebut pernah digunakan untuk menggulingkan rejim yang zalim.

“Jangan lupa bagaimana sistem pesanan ringkas (sms) menjadi alat menjatuhkan pemerintah Filipina kira-kira enam tahun dahulu.”

Tidak mustahil jelasnya, perkara yang sama akan berlaku di negara ini seandainya para ‘blogger’ jelas dan jujur terhadap isu yang mereka bangkitkan.

2 comments:

Anonymous said...

Actually, in the 2004 KeADILan election manifesto, they have already asked for min wage of RM 1000.

It's a case of "great minds think alike"!

best wishes, elizabethwong

nooryahaya said...

wah the great Elizabeth Wong read my blog ah.
wow.
yes previous years i wrote about it too. minimum wage and safety net.