Hari Buruh 1 Mei
This is PM's speech:
Kerjasama majikan-kesatuan galak pertumbuhan ekonomi
Oleh HABIBAH OMAR
PUTRAJAYA 30 April – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerjasama antara majikan dan kesatuan sekerja dalam mengekalkan persekitaran perhubungan perusahaan yang harmoni mampu menggalakkan kestabilan dan pertumbuhan ekonomi negara.
Perdana Menteri berkata, keharmonian hubungan majikan dan pekerja itu selaras dengan dasar kerajaan mahu menjadikan negara ini maju melalui komitmen setiap lapisan masyarakat terutama bagi menarik lebih banyak pelaburan asing.
Dalam perutusan Hari Pekerja 2007 yang akan disambut esok, beliau berkata, masyarakat pekerja perlu sentiasa bekerja keras dan memperkayakan diri dengan sifat dan sikap masyarakat yang berminda kelas pertama.
‘‘Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja, kesatuan sekerja dan majikan atas komitmen serta kerjasama yang telah diberikan.
‘‘Kita akan berjaya sekiranya kita terus berusaha dengan penuh keazaman dan iltizam untuk membangunkan negara bersama-sama ke arah menjadikan Malaysia negara yang makmur, progresif, adil, berdaya tahan dan berdaya saing.
‘‘Saya ingin menekankan bahawa komitmen dan tindakan bersama setiap warga kerja Malaysia adalah perlu bagi memastikan keharmonian masyarakat dan kejayaan pembangunan negara demi menjayakan Misi Nasional,” kata Abdullah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, penekanan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) terhadap aspek pembangunan modal insan merupakan satu peralihan yang tepat pada masanya.
Beliau berkata, Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada kos tenaga buruh yang murah kerana ia memerlukan pekerja- pekerja terlatih, berkemahiran dan produktif dalam pelbagai bidang.
Katanya, tenaga mahir di negara ini juga perlu dilengkapi dengan jati diri tinggi yang penuh dengan sifat-sifat jujur, amanah dan berwawasan serta mengutamakan kualiti pekerjaan.
‘‘Malaysia memerlukan tenaga kerja yang produktif, berpengetahuan, berkebolehan dan lebih berdaya saing bagi memastikan negara mencapai kemajuan dan pembangunan sosioekonomi yang lebih mapan,” katanya.
Mengenai slogan ‘Pekerja Produktif Negara Kompetitif’ yang dipilih sebagai tema Hari Pekerja pada tahun ini, beliau berkata, ia bertepatan dengan peranan penting setiap pekerja untuk bersama dengan kerajaan dalam usaha memajukan negara.
Beliau berkata, kerajaan berharap tema itu dapat dihayati oleh setiap pekerja dan majikan kerana selain membawa maksud yang mendalam, ia juga boleh dijadikan asas untuk mencapai produktiviti yang optimum.
‘‘Kemampuan negara untuk bersaing di pasaran global yang semakin mencabar terletak pada tahap produktiviti para pekerja di negara kita,” katanya.
Begini komen saya:
Year after year the onus is on the workers to improve, work harder, increase productivity, learn new skills and the list is endless. And the benefit is being reap by the country, and of course the employers. We have here, rich country with foreign reserve reaching RM300billion (has it reached that figure yet?), rich companies with market capitalisation reaching billions not to mention rich billionaires...
What about the other side of the equation?
Have there been any call on the Government to improve on their service delivery? Of course there were ongoing improvement, any result? Dismal at best.
Does the Government try hard to reduce the cost of doing business? Eliminating corruption? Etc. More reported corruption so far.
Has the Government try hard to reduce capital cost? Lower interest rate and inflation?
Has employer return fair portion of their profits to the workers, instead of hogging lion share to management and capital owner? What is fair share?
No comments:
Post a Comment