Tuesday, May 29, 2007

MTUC calls for RM900 minimum wage and Malaysiakini letters

This is the first time I have seen that MTUC issue such a strong tone and look like an increased militancy.
I agree with MTUC that workers has been neglected all these years. If we calculate, if workers in private sector, factories work for 48 hours per week, they would work on average 48hrs x4.5weeks per month, ie 216 hours per month. If MTUC ask for RM900 per month, that is equivalent to RM4.16 per hour.

No doubt most private sector workers work about 60 hours per week, doing overtime to make end meets. In fact that is normal.
So we have these workers, in their millions working at low wages to get the country out of financial troubles of 1997, yet 10 years on they got nothing to show.

Sure Corporate Malaysia, Maxis, Genting, YTL, UEM and whatever else, including foreign companies, or mostly foreign companies have very healthy balance sheet. We even have created billionaires, not one but a few in the past 10 years through monopolies and favourable contracts, yet every one, including the Govt forget who really toil their sweat and time to achieve that prosperity.

I sincerely would like to see MTUC successful in getting Minimum Wage of RM900 per month plus COLA of RM300 per month.
I write about Minimum Wage in Malaysiakini some time ago
http://www.malaysiakini.com/letters/64956
which was also published in MTUC newsletter
http://www.mtuc.org.my/newslettermac07.pdf

this report from Harakahdaily:
Mogok seluruh negara jika kerajaan tolak gaji minimum RM900 - MTUC
Roy Rasul
Mon | May 28, 07 | 05:33:23 PM
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), mendesak kerajaan supaya memastikan pekerja swasta juga terbela, sebagaimana dilakukan terhadap kakitangan awam baru-baru ini, iaitu dengan memastikan peruntukan gaji minimum antara RM900 dan RM,1000 sebulan.

Tegas Presidennya, Syed Shahir Syed Mohamud, jika kerajaan tidak melayan pemintaan MTUC itu, mereka akan mengadakan mogok sehari di seluruh negara.

"Tindakan MTUC kali ini serius kerana pekerja swasta juga perlu dibela lebih-lebih berjuta pekerja di negara ini yang berpendapatan di bawah RM1,000," katanya yang dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata keputusan itu diputuskan selepas satu mesyuarat khas majlis MTUC diadakan pada 25 mei lalu.

Katanya, dalam mesyuarat tersebut, dua isu penting dibincangkan iaitu mengenai gaji pekerja kakitangan kerajaan yang dinaikkan baru-baru ini juga pembayaran kola.

Ekoran itu juga katanya, MTUC akan kemukakan kepada kerajaan beberapa tuntutan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada minggu ketiga bulan Jun depan.

"Antara yang akan dibawa ialah gaji minimum mesti diperkenalkan iaitu berdasarkan kepada RM900 dan kedua elaun sara hidup (COLA) sebanyak RM300 kepada semua pekerja tidak kira di mana mereka berada," katanya lagi.

Katanya, MTUC juga akan meminta suaya kenaikan gaji pekerja swasta dinaikkan berdasarkan kepada kerajaan beri kepada pekerjanya iaitu daripada 7.5 peratus hingga 35 peratus.

Bayaran gaji baru itu katanya perlu dibayar oleh para majikan bermula Julai depan.

Katanya, selepas daripada tarikh tersebut iaitu daripada 20 hingga 27 Jun depan sekiranya tidak ada sebarang respon ke atas permohonan tersebut, pihaknya akan satu perhimpunan pekerja di tempat tempat yang ditetapkan iaitu tempat strategik seperti di Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Johor atau Pulau Pinang.

Kemudian katanya jika kerajaan dan majikan sektor swasta masih gagal memenuhi tuntutan MTUC, mogok sehari akan dilancarkan.

"Tindakan tersebut perlu diambil bagi membantu pekerja-pekerja khasnya yang berpendapatan RM1000 kerana pada masa ini pendapatan itu tidak mencukupi.

"Saya dapat tahu berjuta pekerja yang berpendapatan di bawah RM1000. Jumlah itu bukan besar lagi dalam Malaysia kerana harga barang, kos perkhidmatan, tambang dan sebagainya meningkat bahkan tidak munasabah lagi pendapatan sebegitu," katanya.

Kerana itu, katanya satu ketetapan akan diambil untuk memberi isyarat kepada kerajaan bahawa MTUC serius dalam isu tersebut terutama sekali golongan yang berpendapatan rendah. - mks
NOTA: Bagi mempertingkatkan laman ini, kami amat mengalu-alukan sumbangan yang boleh disalur terus kepada akaun Maybank atas nama HARAKAHDAILY DOT COM (564070000336)


--------------------------------------------------------------------------------
Jumlah dilihat: 1565 | Cetak | Emel
Komen oleh (4) Pembaca

pikiaq la dulu
Dihantar oleh apa la, on 28-05-2007 18:33
hangpa ingat senang ka kami bos kecil2 lan ni nak naik kan gaji? kalau ada sepuluh pekerja, setiap sorang naik rm300, dah kena keluar 3000, mana nak gali duit banyak ni? kami yang meniaga kecil-kecilan ini untung pun jarang2, tiap bulan cuma cukup2 makan...biaq pi la orang kerajaan nak naik gaji, dah rezeki depa....kalau semua swasta pun kena naik gaji, bnyk yg gulung tikar, last2 sapa yang rugi? pekerja laa yang rugi....mtuc kasi pikiaq dulu la nasib kami2 ni yang meniaga pun x seberapa....bukan kami xmau naikkan gaji, bila rezeki banyak merasa la semua, dari bos sampai kuli ke bawah....tolong la jgn buat isu lagi, kerajaan xnaik gaji salah, bila dah naik salah, sekarang mintak swasta naik gaji pulak
Betul ke ni?
Dihantar oleh pekerja malang, on 28-05-2007 19:59
Betul-betul ke syed Shahir ni? Dulu Bersih pun takde ke mana. Cerita saja lebih. Saya harap dia betul-betul buat kali ini
HIdup MTUC !!!
Dihantar oleh mamat, on 28-05-2007 17:49
dah tertekan sangat ni ... hope semua sektor swasta dapat beri sokongan dengan kenyataan ini...
sokong
Dihantar oleh manusiaaneh, on 28-05-2007 17:45
saya sokong...
kerajaan tak adil...
sepatutnya menurunkan harga barang bukan naik gaji sektor awam...
kalau naik gaji sektor awam depa je dpt.. kalau turun harga barang semua rasa...

No comments: