Sunday, June 03, 2007

Lina Joy; Anything to do with Islam, hands off please.

This is another article to counter unjust vitriolic spewed out in Malaysiakini.
On any issues that touch Islam, or have anything to do about Islam, the ultimate power in Malaysia is the Sultans of the Malay States, State Governors or The King. Even though this country is called Malaysia, and we are citizens, its has Parliament as the main promulgator of laws, still the Sultans hold the power as the Head of State. Especially if it has anything to do with Islam.
Technically, Malaysia is a confederation of Malay States, Persekutuan Tanah Melayu, still is, because the Malay Sultans has never give up their sovereignty. They are still the Rulers. They still hold the ultimate power on the administration of Islam in their states. We never had revolution like in Russia that kill the ruling monarchs.
Iraq had their revolution, so does Iran, Libya, Egypt, Indonesia to name a few. In those countries, parliament is supreme.
In Malaysia, technically The King, Agong is supreme. Dont you know that every new piece of law has to be signed by Agong? Yeah most of the time Agong signed the law except maybe once years ago during Mahatir's time when the then Agong delayed signing one piece of law for a few months. But that is another story.
The Supreme Court decision the other day was right, they have no jurisdiction on something that has to do with Islam. Since Lina Joy is from Selangor, the ultimate power in Islamic affairs in Selangor is the Sultan of Selangor.
As in other states, the Sultan delegated the affairs of the Muslims to the Shariah courts.
Was Lina Joy a Muslim? Yes she was, and until she go to the Shariah court to declare that she is apostate, (and apply for her name to be struck out from register, if there is such thing) technically her name is still listed as Muslim.

I think whoever her lawyer is, who advised her to go to Supreme Court, is one heck of a dumb lawyer. Its just like going to Singaporean court for disputes that take place in Malaysia.
'di luar bidang kuasa'
Citing other cases;
Raimah Bibi - well she still professed Muslim, but her husband is still Hindu, so does her children, so the custody of her children is given to her husband. Because the children are Hindus. Yes she was sent to 'bootcamp', to remind her what is more important, being Muslim, believing in Allah and die as Muslim and have the chance of going to Heaven or you know what.

So what do you think would happen to Lina Joy soon as she go to Shariah court? Probably sent to 'bootcamp', to ascertain that THAT is what she really want.
There is a legend going around in Malay circles that Christian churches, give out 'Holy water' and if a Malay drink it, he/she will be possessed and become Christian.
Kes Lina Joy cabar kuasa raja-raja, pihak berkuasa agama
Intan Abdullah
Sat | Jun 02, 07 | 02:59:27 PM
KOTA BHARU, 2 Jun(Hrkh) - Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din mempersoalkan adakah dengan keputusan mahkamah yang memberi kemenangan kepada pihak yang mempertahankan Islam itu akan menyebabkan Azlina Jailani atau Lina Joy kembali kepada Islam?

"Adakah dengan tidak membuang namanya itu, akan menjamin bahawa dia akan terus kekal sebagai muslim?"tegas beliau dalam sesi wawancara muktamar sebentar tadi.

Dr Haron Din menjelaskan bahawa persoalan mengenai isu murtad ini tidak boleh diselesaikan sekadar membuang nama Islam pada kad pengenalan semata-mata.

Beliau turut mendakwa terdapat pihak yang turut serta terlibat dengan usaha untuk membawa kes itu ke mahkamah, bahkan beliau mengesyaki seolah-olah wujud satu organisasi yang membantu Azlina Jailani atau Lina Joy untuk melawan dan mencari jalan untuk membuang nama Islam beliau di Jabatan Pendaftaran Negara.

"Walaupun kad pengenalannya bernama Islam, tetapi pada hakikatnya, Islam dia telah gugur," ujar beliau.

Sementara itu, menurutnya lagi walaupun ada peruntukan yang jelas di mahkamah syariah tentang hak beragama ini hal untuk membuang nama sahaja telah memakan masa selama lapan tahun.

Dalam pada itu, tindakan membawa kes ini ke mahkamah sivil juga dianggap telah memperkecilkan peranan Jabatan Agama Islam yang mencerminkan seolah-olah kes murtad ini bertaraf 'second class'.

Ujarnya lagi, mahkamah majistret tidak layak untuk membicarakan kes besar yang berada dalam kategori kes hudud.

Oleh itu, mahkamah akhirnya telah memutuskan bahawa hal yang berkaitan agama ini adalah berada di bawah bidang kuasa majlis agama Islam negeri.

Beliau juga meminta agar kes yang sepatutnya dipandang serius yang melibatkan akidah seorang muslim yakni bagi yang ingin mengisytiharkan diri mereka keluar daripada agama seolah-olah memberikan satu cabaran kepada pihak berkuasa agama.

Pihak berkuasa agama katanya, harus menyelesaikan persoalan , "apa yang boleh kamu buat sekiranya aku menyatakan bahawa aku keluar daripada Islam?" apabila diajukan oleh golongan riddah ini kepada mereka.

Dr Haron juga yang merupakan mantan pensyarah syariah Islamiyah turut menjelaskan bahawa pembatalan agama ini tidak memerlukan kepada pengisytiharan.

sebaliknya, apabila Lina Joy mengemukakan permohonan yang dibuat secara terbuka kepada mahkamah untuk membuang agama pada kad pengenalan beliau maka ia mencetuskan satu cabaran kepada autoriti agama dan pada masa yang sama, mencabar kuasa agama yang ada pada raja-raja.

Tegasnya, murtad adalah satu kesalahan besar yang tergolong di dalam kategori undang-undang hudud dari segi syarak.

Beliau mahu semua pihak mengambil iktibar daripada kes ini adalah permulaan untuk melihat kepada cabaran demi cabaran kepada Islam, dan tindakan penyelesaian hendaklah dibuat bagi mengelakkan ia daripada berulang pada masa akan datang.

Mengulas kes permohonan Lina Joy membuang nama Islam pada kad pengenalannya, Dr Haron berkata walaupun kes itu telah memenangkan Islam, yang membawa maksud bahwa menghalang beliau untuk membuang nama Islam di dalam kad pengenalan beliau.

Dalam sesi yang sama, beliau tidak teragak-agak untuk menerima tawaran pencalonan dirinya sekiranya dinamakan sebagai calon dalam pilihan raya umum ke-12 yang akan datang.

Ujarnya, penyertaan beliau di kancah politik ini adalah merupakan satu amanah kepada perjuangan ini dengan mengambil kira ia adalah satu keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak tertinggi parti. - mks.


and this one

01/06: Lina Joy ikon mencabar Perlembagaan Malaysia
Category: General Posted by: Raja Petra
Ab Jalil Backer (jalil74@myjaring.net)

Saya ingin merakamkan tahniah kepada Mahkamah Persekutuan yang secara jelas menyatakan kedudukan Mahkamah Syariah dan mempertahankan pembahagian kuasa antara persekutuan dengan negeri dan juga kedudukan Islam dalam Perlembagaan negara.

Kesan kepada keputusan Mahkamah Rayuan terhadap kes Lina Joy atau Azalina Jalaini sudah diduga. Jika Lina menang maka akan timbul kemarahan orang Islam. Jika Lina kalah maka akan timbul kemarahan orang bukan Islam.

Dengan kata lain, walau apa pun keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak mungkin akan meredakan ketegangan dalam isu ini. Kedua-dua pihak yang menyokong dan menentang murtadnya seorang manusia Melayu bernama Azalina Jalaini ini kepada Lina Joy hanya menjadi alat untuk memporak-perandakan Perlembagaan Malaysia dan persetujuan-persetujuan kemerdekaan negara termasuk pemberian kerakyatan kepada jutaan bukan Melayu dan Islam.

Secara peribadi saya berpegang kepada pandangan bahawa orang yang ingin keluar Islam atau murtad, tanpa memerangi Islam atau negara Islam, tidak harus dihukum atau dihalang, apatah lagi dihukum bunuh. Hal ini saya tegaskan beberapa kali dalam Forum Pembaca Utusan Malaysia sekitar 1999. Kerana itu saya menerima banyak kecaman dan ancaman yang sampai sekarang boleh dibaca sebahagiannya di Enjin Pencari Google.

Justeru secara peribadi saya tiada masalah jika Lina Joy mahu keluar Islam atau murtad. Islam tidak memerlukan mereka yang tidak percaya kepada keluhuran dan kebenaran janji-janji Allah. Islam itu lebih besar dari penganutnya mahu pun manusia.

Namun isu Lina Joy menimbulkan persoalan yang lebih besar bukan sahaja kepada saya malah sebahagian besar orang Melayu. Tanpa mengambil kira persepsi Pas, sebahagian besar Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam yang menyertai protes dan bantahan ini melihat sudut pandangan yang lebih besar.

Lina Joy telah mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Sivil Malaysia agar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar status agama di dalam Mykadnya. Lina juga mempertikaikan tindakan JPN yang mahukan keputusan bertulis Mahkamah Syariah yang menyatakan beliau sudah meninggalkan agama Islam.

Justeru isu yang dibincangkan di mahkamah Sivil (dari Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) dari awal sehingga keputusan muktamad ialah sama ada Mahkamah Sivil mempunyai hak untuk menentukan keislaman seseorang atau membenarkan seseorang muslim keluar dari Islam.

Justeru beberapa hari lalu, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan muktamad bahawa hanya Mahkamah Syariah yang berhak menentukan kedudukan agama seseorang Muslim yang ingin murtad.

Tidak timbul isu orang Islam tidak dibenarkan menukar agama di negara ini. Tidak timbul isu Lina Joy tidak dibenarkan murtad. Isu adalah isu Perlembagaan.

Sejak dari awal hampir kesemua peguam yang ikhlas di Malaysia memahami bahawa isu-isu berkaitan agama Islam termasuklah murtad berada di bawah kuasa raja atau sultan, negeri dan mahkamah Syariah. Keputusan Mahkamah Persekutuan hanya mengesahkan lagi keputusan-keputusan terdahulu dan semangat Perlembagaan dan isu kedudukan agama Islam dan mahkamah syariah.

Mengapakah saluran yang betul tidak digunakan oleh Lina Joy dan kumpulan yang berada di belakangnya untuk mendapatkan pertintah mahkamah ke atas status agamanya?
Mengapa Lina Joy mengambil keputusan membawa kes ini ke mahkamah sivil tanpa melalui saluran asal iaitu mahkamah Syariah?

Alasan yang diberikan bahawa tidak mungkin Mahkamah Syariah akan membenarkannya atau sebagainya hanyalah berbentuk hipotesis yang tidak boleh dibuktikan kebenarannya. Ini kerana Lina tidak pernah membawa kesnya ke Mahkamah Syariah.

Jika beliau boleh menghabiskan masa hampir 7 tahun di Mahkamah sivil maka kita tertanya-tanya mengapa beliau tidak boleh mematuhi undang-undang negara ini dengan membuat permohonan beliau di Mahakamah Syariah.

Pada hemat saya, Jika permohonan beliau gagal, barulah beliau ada locus standi untuk membawa kesnya ke Mahakamah Tinggi.

Tindakan Lina Joy, dan kumpulan dibelakangnya, menghabiskan begitu banyak wang di Mahkamah Sivil mencabar fasal-fasal dalam Perlembagaan Malaysia berkenaan kedudukan Islam dan Mahkamah Syariah tidak lagi boleh dilihat hanya untuk memenuhi hawa nafsunya menukar agama lagi.

Sebaliknya, kumpulan ini jelas memperlihatkan usaha mereka mencabar kedudukan agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, pembahagian kuasa antara Persekutuan dan Negeri serta kedudukan raja-raja Melayu. Ini sekaligus usaha awal untuk memansuhkan segala elemen-elemen persetujuan Kemerdekaaan Negara yang membabitkan orang Melayu secara keseluruhannya.

Jika dua daripada tiga hakim Mahkamah Persekutuan tempoh hari terpengaruh dengan lobi kumpulan ini pasti semangat Perlembagaan Malaysia ini sudah tercabul dan akan mencetuskan lebih banyak kontroversi dan pengahakisan hak-hak orang Melayu yang dipersetujui sebelum ini.

Perjuangan Lina Joy di Mahkamah sivil hanyalah ikon kepada usaha semangat Perlembagaan yang membabitkan fasal-fasal yang diminta oleh orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia sebagai balasan kepada pemberian kewarganegaraan kepada kaum Cina dan India ketika itu.

Ketika hak-hak yang dituntut oleh kaum-kaum bukan Melayu dipatuhi dan tidak pernah dicabar, terdapat usaha sekarang ini untuk menarik balik persetujuan antara kaum sebelum merdeka dahulu.

Lebih jelas usaha ini dilihat ingin mencabar kedudukan Mahkamah Syariah yang sebelum ini dianggap setaraf dengan Mahkamah Sivil. Mereka mahu menurunkan kedudukan Mahkamah Syariah sekaligus mengurangkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

Dan isu inilah yang menimbulkan kemarahan sebahagian orang Melayu dan NGO Islam yang terbabit tempoh hari.

Diharap kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa yang memutarbelitkan kenyataan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut menghalang kebebasan beragama.

Ini kerana hakikatnya, Mahkamah Persekutuan hanya membuat keputusan bahawa kedudukan agama Lina Joy hanya boleh tentukan oleh Mahkamah Syariah kerana beliau merupakan seorang Islam yang ingin keluar agama.

5 comments:

Anonymous said...

Complete waste of time visiting ur blog. For malays in malaysia that is brainwashed from a young age that islam is the real and true religion, it's pretty hard to point you to the bigger picture of things.

All your life, how much do you know about other religion? To keep on saying islam requires this and that and that islam is the only true religion without knowing much of others, is emm...

How do you know what is TRUE if you don't know how the FALSE look like?
plain laziness..

I just hope that you will one day find yourself born as a Christian in a Christian country. And finding a muslim bf and wanted to convert to Muslim as you have found the one true religion. I wonder if you would find it fair that the Christian Church actually prevents you from being an apostate.

Sometimes I pity muslims in general, they got work up and defensive on the slightest questions to their religion. I guess, this could be due to the fact that there are so many questionable ideology in islam, you have to defend a prophet that has so many unethical behaviour.

By the way, some one sticks an article on the billboard of my PKNS flat -

NABI UGUT BAKAR RUMAH MEREKA YANG TAK BERSOLAT...

what other conclusion can we make?
another menj in the making...

Anonymous said...

http://harismibrahim.wordpress.com/

Anonymous said...

please read haris ibrahim's well-thought and researched writings on this issue. Do more homework la next time before you come to your conclusions. it will give your religion a better name. better than any attempt like those muslim professionals who only tries to 'educate' generally on islamophobia, but hardly ever speaks out against injustices done by those and in the name of their religion, which is the best strategy against islamophobia. I believe islam is a fair and beautiful religion, but there are too many people who claim to be muslims who are not practicing it properly. be a good example and show that you speak for fairness and justice, even if it benefits someone who professes another religion.

http://harismibrahim.wordpress.com/2007/06/02/one-more-unemotional-reaction/

and to anonymouse who says:
"I guess, this could be due to the fact that there are so many questionable ideology in islam..."

be careful not to become a perpetrator of prejudice, or to use an unjust issue to justify another bad thing. it really doesn't help but to feed your anger and alienate muslims further by your prejudices.

Anonymous said...

"....be careful not to become a perpetrator of prejudice, or to use an unjust issue to justify another bad thing. it really doesn't help but to feed your anger and alienate muslims further by your prejudices..."

yup, i agree to that, especially on your last sentence. but lately we have been seeing so many 'learned' muslims putting forward the many verses in the holy book which justify all the injustice done. We need some explanation as we see that as a source for the injustice committed by them. We need to know why people like them have these funny views on humanity.

People always says that religion is not the problem, but the believers are. Recent developments makes me think twice on that statement. And the fact that we have so many half baked muslim providing so many half baked answers on the religion makes us even more confused.

Take a look at menj blog and see how much hate he is spreading to his fellow brothers and sisters. Malaysians in general are not the type of people that are willing to see things from a different perspective once they are comfortable with their current mindset. In fact, they would prefer to read from a few sources that thinks like them and speaks like them and close one eye on others.

A good example is the owner of the blog. He never attempts to answer our comments and it's pretty obvious he will never change his stand, however reasonable our argument is. Should i say these people are proud or plain lazy?

Anyway, having said, what i have said about the religion (being at the very core of the problem), i am very much open to further information and willing at any time to change my current view. In fact, I would want it to be change.

safia tajul alam said...

TO ALL ANONYMOUS...you call other people plain lazy,being brainwash and bla..bla..bla...but you all semua pengecut nak letak nama sendiri pun takut!as for LINA JOY-please people let her do her business-why are malay people being sooo work up and emotional over this women who want to convert to cristanty? The muslim comunity doest not want to have people like her as much as she does not want to be a muslim.so people please let lina joy be a cristian if she want to ok?