Saturday, March 08, 2008

Wajibkah Kita Mengundi?

the focus of malaysian news now in in the election. PRU12. Malaysiakini has been free for the past week, just for this. Most of Malaysiakini page ia now devoted to PRU12.
Here is a writing by Ibnu Walid; I found this interesting.

Tunaikan Tanggungjawab Mengundi Kita
Assalamualaikum kepada semua bakal-bakal pengundi dan pembaca yang budiman. Aku terpanggil untuk menulis coretan ini bukan kerana ingin memihak kepada mana-mana parti atau pemimpin tetapi kerana suatu persoalan yang berlegar di benak fikiranku dan ingin aku mengajak saudara-saudari sekalian bertanya kepada diri dan hati masing-masing TANGGUNGJAWAB MENGUNDI KITA KERANA APA?
Mungkin ada diantara saudara-saudari tertanya-tanya bagaimana persoalan ini terlintas difikiran aku? Sebenarnya ia timbul setelah aku mendengar satu sesi ceramah agama di surau perumahan yang aku diami. Ceramah yang diberikan oleh ustaz berkenaan bukanlah suatu ceramah politik, ianya ceramah mingguan, tetapi penceritaan di dalam cermahnya membuatkan aku tertanya kepada diri sendiri akan persoalan di atas.
Selepas solat sunat sesudah solat magrib, ustaz tersebut pun memulakan ceramah beliau. Seperti biasa isi ceramahnya adalah tentang dosa dan pahala. Pada mulanya aku mendengar seperti biasa kerana topik sedemikian sering kali di ulangi ketika khutbah jumaat.
Kemudian ceramah beliau menjadi menarik lebih-lebih lagi bila semua makmum yang hadir mendengar dengan khsyuk. Ustaz tersebut berbicara mengenai seorang pencuri yang dibicara didepan Allah s.w.t di padang Masyhar.
Ditanya oleh Allah s.w.t kepada si pencuri walaupun Allah maha mengetahui akan segala sesuatu yang dilakukan oleh hamba-hambanya, ; " Wahai si polan, kenapa kamu hanya di hukum penjara 3 tahun di atas kesalahan mencuri sedangkan kesalahan yang kamu lakukan mempunyai saksi dan bukti yang nyata dan sepatutnya kamu dikenakan hukuman potong tangan"
Jawap si pencuri, "Wahai Tuhanku, bukanlah aku yang meminta hukuman ini, tapi hukuman ini telah diberikan oleh hakim yang mengadili aku".
Begitulah di mahsyar, masing-masing akan cuba melepaskan diri sendiri dan segalanya akan diadili dengan seadilnya dihadapan Allah s.w.t
Allah s.w.t kemudian memerintahkan hakim tersebut mengadap dan bertanya, " Wahai hakim, kenapa kamu menjatuhkan hukuman tersebut kepada si pencuri ini?" Maka jawab sihakim, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya amanah yang diberikan kepadaku ini terbatas dan aku tiada kuasa dan upaya untuk melakukannya." Bertanya lagi Allah s.w.t kepada sihakim, " Maka siapa pula yang memberi kamu akan kuasa itu?" . Jawab sihakim, "Mereka yang membuat akta dan perlembagaan iaitu kerajaan yang di barisi oleh ahli-ahli kabinet negaraku".
Allah s.w.t kemudian memerintahkan pula para-para ahli kabinet dibicarakan, " Wahai kamu semua, kenapa kamu membuat akta dan perlembagaan sedemikian yang bercangah sama sekali dengan hukum Ku?" Jawab ahli-ahli kabinet " Wahai Tuhan kami, sememangnya kami menolak hukum Mu selama kami memerintah dengan memberi berbagai alasan untuk tidak melaksanakannya tapi jangan lah hanya kami di persalahkan kerana kami tidak akan membuat akta yang melawan hukum Mu sekiranya rakyat tidak memilih kami".
Allah s.w.t kemudian memerintah kan semua rakyat yang memilih ahli-ahli kabinet tersebut mengadap dan bertanya dengan penuh kemurkaan "Wahai kamu sekalian, mengapa kamu sekalian memilih mereka-mereka ini yang menolak hukum Ku secara terang-terangan dan memberi berbagai alasan untuk tidak melaksanakan hukum Ku.
Maka jawablah si rakyat dengan ketakutan yang amat dahsyat kerana dimahsyar tidak ada lagi dolak dalih yang dapat digunakan. Ada diantaranya menjawap "Wahai Tuhan Ku, aku memilih mereka kerana dihadiahkan baju dan kain." Ada pula yang menjawap, " Aku memilih mereka kerana ingin kemewahan dan kesenangan dunia.", Selain itu ada yang menjawap "Aku memilih mereka kerana inginkan projek-projek". Ada juga yang menjawab " Aku memilih mereka kerana aku tidak yakin kerajaan yang melaksanakan hukum Islam boleh memerintah". Ada lagi yang menjawap, " Aku memilih mereka kerana tidak yakin dengan undang-undang Islam". Dan yang menyedihkan ada yang menjawab, "Kami memilih mereka kerana di hadiahkan sekampit beras, sekilo gula dan sekilo tepung". Maka dengan murkanya Allah memeritahkan kesemuanya dengan berkata, "Masuk lah kamu semua ke dalam neraka Ku, sesungguh nya azab Ku amat lah pedih dan terimalah balasan siksa diatas apa yang telah kamu lakukan dan dustakan." Nauzubillah.
Pada penutupan ceramahnya, Ustaz tersebut berkata, " Kalau saudara-saudari tidak percaya perkara seperti ini akan berlaku di mahsyar nanti, tunggu lah saya nanti di sana, kalau apa yang saya katakana ini bohong atau dusta semata".
Dalam perjalan aku kerumah, apa yang berlegar di fikiran aku adalah persoalan " AKU MENGUNDI NANTI KERANA APA??? Setibanya aku di pintu pagar rumah, dengan rasa yakin dan teguh aku mendapat jawapannya, AKU MENGUNDI KERANA ALLAH S.W.T DAN ISLAM.
Kepada saudara-saudariku semua, tanyalah diri masing-masing AKU MENGUNDI KERANA APA??? Tepuk dada tanya IMAN.
Wassalam.

Ibnu Walid

Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? "Baginda s.a.w. menjawab, " hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan."
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

No comments: